“Saya Tak Akan Sign Borang Ini”!

Saya ada dua kisah nak cerita. Tapi kesimpulannya ada satu sahaja dipenghujung cerita.

Sebelum pulang daripada kerja tadi, saya terasa sangat haus. Masa tu ternampak mesin jual air tin sejuk, tapi tak ada duit nak beli.

Saya tanya seorang rakan nurse, nak pinjam syiling $1.50 nak beli satu air tin sejuk buat hilang haus.
Nurse tu kata dia ada sedikit syiling dalam beg dia. Dia kata nak belanja je saya $1.50 tu sbb katanya “saya dah banyak tolong dia”.

Bila dia kata begitu, saya rasa serba salah nak terima. Saya kata takpe lah, saya bayar balik. Saya kata kat dia yg saya rasa tak selesa nak terima dia “belanja” tersebut sebab ikutkan gaji saya lebih daripada gajinya, dan saya tahu komitmen dia juga banyak.

Dia ada sewa nak bayar, dia ada keluarga dan anak-anak, dia ada komitmen simpanan, dia ada perbelanjaan lain juga nak kena bayar seperti bil letrik, bil air, bil internet sebagainya.

Sebab tu saya tak suka nak terima “belanja” dia walaupun tak la banyak mana pun. $1.50 je.

In the end, saya kata takpe je kt dia. Saya dah tak perlu nak pinjam duit dia lagi sbb saya dah tak berminat nak beli air mesin tu.

On the way balik tadi tu, saya singgah sahaja di stesen minyak dan beli guna duit saya sendiri. Air yang sama yang saya nak beli tadi tu, tapi hati lebih tenang menikmatinya.

Satu lagi kisah, saya juga ada kenal banyak org yg memang suka ambil kesempatan atas orang lain atau kelemahan orang lain.

Pernah dulu saya refused untuk sign satu borang ada seorang ahli keluarga pesakit nak minta duit kebajikan (carer’s allowance) daripada goverment/Centrelink. Tak banyak pun allowance tu. Dalam $65 seminggu. Sebulan dpt $260 je.
Saya tanya nak buat apa duit tu? Katanya nak buat duit isi minyak kereta.

Saya refused untuk sign. Sebab kereta yang dia bawa tu bukan Honda atau Toyota, tapi Maserati Ghibi yang harga kedai dlm $150,000. Rumah pula banglo dua tingkat di lokasi yang mahal, ada view pantai.

Dia argue dgn saya, katanya bukan duit saya yang dia minta tu.
Saya kata, “yes, not my money. But it’s the taxpayer money and I have responsibility that only people in need gets it”. Saya kata lagi, “I dont think you are eligible for that money”.

Marah dia kt saya. Dia kata, dia akan cari doktor lain utk sign borang tu.
Pheww.. saya tak kisah je org marah-marah ni. Dah biasa. Yang penting, saya kekal dengan prinsip saya, dan apa yg saya rasakan betul.

Takpe lah. Pegi lah cari doktor lain. Saya tak rasa rugi pun dan menyesal pun dengan apa yg saya buat tu.

Hidup kita ni biarlah ada prinsip. Dan prinsip pegangan kita tu mestilah betul dan terpuji.
Prinsip mesti betul, terutamanya mesti tidak menyalahi agama dan kepercayaan kita, dan tidak menyalahi norma-norma kemasyarakatan dan adat kita.

Kemudiannya, prinsip kita mestilah terpuji. Tak cukup hanya betul caranya, tapi menekan orang lain, atau memperlekehkan orang lain, ataupun sehingga menjatuhkan air muka atau maruah orang lain semata-mata nak mempertahankan prinsip tersebut.

Atau mungkin boleh menyusahkan orang lain.

Macam kisah ahli keluarga pesakit saya tadi tu, walaupun cara dia mungkin betul daripada segi undang-undang, tapi bagi saya, ethically dia bukan calon yang selayaknya utk mendapat bantuan tersebut. Ada banyak lagi orang yg betul-betul susah, yang layak untuk terima bantuan tersebut.

Kalaulah dia orang yg memang layak, saya sesekali tak teragak-agak nak sign borang tu, dan mungkin saya sendiri yang akan memperjuangkan hak dia supaya dia memang dapat bantuan tersebut.

Memang tak dinafikan, ramai orang diluar sana yang suka ambil kesempatan keatas orang lain, atau mungkin keatas sistem yg ada, semata-mata untuk kepentingan dan manfaat diri sendiri.

Prinsip akan menentukan siapa kita. Prinsip juga yang bezakan kita dalam masyarakat.

Agama, adat, didikan disekolah, didikan ibubapa dirumah, semuanya ajar kita prinsip-prinsip hidup yang betul dan terpuji ini.

Peganglah prinsip-prinsip ini betul-betul. Biarpun dimana sahaja kita berada, kemana pun kita mengembara, siapapun kita akan jadi, apapun posisi kita dalam organisasi dan masyarakat.

Kerosakkan-kerosakkan dalam masyarakat yg terjadi disekeliling kita sekarang ni adalah disebabkan sesetengah kita telah hilang prinsip-prinsip ini.

Terutamanya bila ada habuan dunia untuk dirinya yang diinginkannya, habis hilang semua prinsip yang ada. Aduhai sayangnya.

 

Dr Shaiful Aizad

Sydney, Australia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat