Sempena Hari Doktor Sedunia ini kita ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Doktor Sedunia tatkala ramai antara doktor-doktor yang serang berada di hospital bertugas melawan wabak COVID-19.
Sumbangan dan pengorbanan para doktor sepanjang masa adalah tidak ternilai terutamanya ketika suasana kritikal sekarang ini. Kita sangat berterima kasih dan bersyukur.
Ketika semua manusia berdepan dengan suasana cemas ini para doktor tampil menyelamatkan keadaan. Terima kasih sekali lagi.
Kita berdoa ke hadrat Ilahi, semoga Allah memberikan kekuatan kepada para doktor untuk terus cekal dan bersemangat bertugas serta diberikan ganjaran pahala yang besar.
Kepada rakyat Malaysia sekalian, marilah kita bersama-sama membantu dan merasai pengorbanan para doktor dengan kita mendisiplinkan diri untuk duduk di rumah.
Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)