1. Self awareness ialah ilmu mengenal diri. Kenal potensi diri. Tahu kelemahan diri. Sedar dan faham peranan dan tanggungjawab. Jelas halatuju hidup dan apa yang dia nak daripada hidupnya.
2. Orang yang kenal potensi diri mampu gunakan potensi, asah bakat dan kelebihan untuk capai tujuan hidup.
3. Orang yang tahu kelemahan diri akan secara sedar boleh mempertingkatkan diri untuk atasi kelemahan dan jadi Insan yang lebih baik.
4. Self awareness juga amat berkait dengan sejauhmana seseorang itu bermotivasi untuk buat sesuatu dan capai tujuan hidup, menjalankan peranan dan memikul tanggungjawab. Orang yang tak mengenal diri akan mudah terpesong halatuju hidupnya, terganggu fokus dan tujuan akhir yang hendak dicapai.
5. Orang yang tak ada self awareness kemungkinan akan membazirkan potensi yang ada, mensia-siakan kelebihan dan nikmat yang diberi dan akhirnya tenggelam dalam hidup yang mengejar cita-cita palsu atau terbuai dalam keseronokan dunia.
6. Islam mendidik supaya setiap orang sedar kedudukannya di dunia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di mukabumi, yang ada peranan dan tanggungjawab yang khusus, dan akan dipersoalkan setiap tindak-tanduknya, akan dipertanggungjawabkan setiap nikmat yang Allah bagi. Setiap sesuatu akan dihisab dan tiada apa yang akan terlepas daripada pembalasan, baik atau buruk.
7. Allah juga mewahyukan bahawa setiap jiwa yang diciptakan, diilhamkan dengan ‘fujur’ dan taqwa, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu menyucikan jiwanya. Ini adalah self awareness. Mengenali baik buruk dalam diri seterusnya memilih yang baik dan menghindar yang buruk.
8. Bak kata ahli makrifat “Barang siapa mengenal akan dirinya, nescaya mengenal akan tuhannya“.