Setuju SKMM sekat laman sesawang ‘Sugarbook’

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan data daripada laman sesawang ‘Sugarbook’.
Tindakan pihak SKMM menyekat laman sesawang ini adalah tepat bahkan ia sepatutnya dikekang lebih awal memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Sebagai sebuah negara Islam, seharusnya apa sahaja aplikasi yang boleh merosakkan moral dan akhlak masyarakat perlu disekat bagi mengelakkan gejala kerosakan ummat, bahkan memberi kesan buruk terutamanya kepada institusi kekeluargaan.

Berdasarkan statistik data tersebut, sangat menyedihkan apabila Malaysia berada di kedudukan ke 3 tertinggi. Bahkan peratus tertinggi yang terjebak dengan sesawang tidak bermoral itu adalah di kalangan pelajar pengajian tinggi tempatan dan golongan profesional.

Ini menunjukkan budaya liberalism makin menular dan membarah di kalangan masyarakat demi kepentingan nafsu diri
“Jika hilang rasa malu, buatlah sesuka hatimu” (HR Bukhari).

Kita sedia maklum bahawa rasa malu itu adalah sebahagian daripada iman
Bila hilang rasa malu, maruah diri sanggup digadaikan maka bagaimana iman kita?
Maka sama-sama kita menginsafi tujuan kita dicipta di muka bumi ini dan ke mana akhirnya arah hidup kita nanti (akan menghadap Allah azzawajalla).

Pendedahan data ‘sugarbook’ itu mungkin salah satu ‘teguran’ daripada Allah bahawa kita perlu terus melakukan amar makruf nahi mungkar secara berterusan.

Diharapkan laman sesawang atau aplikasi ‘Sugarbook’ ini dan seangkatan dengannya terus disekat daripada merosakkan masyarakat dan bumi Islam Malaysia tanahair tercinta kita.

Malaysia Negara Islam

 

Farhana Zawani Mohd Lazim

Ketua Wanita ISMA KL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat