Siti Kasim Mahu Liberalisasi Syarikat Pengangkutan

SITI Kasim naik angin sekali lagi. Kali ini, isunya tentang syarikat yang menguruskan bas TransMalaya. Kenapa syarikat bas pun menjadi mangsa? Kerana Siti Kasim menganggap tindakan KRZ Management Sdn Bhd memperkenalkan bas yang mengasingkan penumpang mengikut jantina sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Bahkan Siti Kasim berikrar tidak akan menggunakan perkhidmatan bas tersebut kerana menganggap TransMalaya cuba menjadi polis moral. Bagi pasangan suami isteri yang ingin duduk bersama di dalam TransMalaya, mereka dikehendaki mengemukakan bukti perkahwinan seperti sijil atau kad nikah.

Mungkin Siti Kasim risau, di mana pula rakan-rakan transgendernya akan didudukkan di dalam bas TransMalaya. Dan bagaimana pula kalau rakan-rakannya yang bukan suami isteri tetapi menjalankan berpasangan secara ‘cohabitation’, bolehkah mereka menaiki bas TransMalaya? Dan bagaimana pula kalau rakan-rakannya yang memang suka sama suka hendak duduk bercampur lelaki perempuan, tak kan tak boleh pula?

Mungkin sebab itulah Siti Kasim jadi lebih marah. Kerana agenda bas TransMalaya juga menggugat perjuangan liberalisme.

Apa sahaja yang kelihatan bertentangan dengan seruan liberalisme, Siti Kasim akan kaitkan hal tersebut dengan cubaan menguatkuasakan syariat. Itu sebab Siti Kasim berang, dan menuduh bas TransMalaya cuba menjadi polis moral. Begitulah sifat Islamfobia Siti Kasim.

Pelik juga Siti Kasim ni, kata nak perjuang hak wanita. Tapi bila syarikat bas yang nak menjaga keselamatan dan maruah wanita, Siti Kasim meroyan pula.

Bahkan syarikat keretapi, tram dan bas di Australia, TransAdelaide siap buat kajian “Where Do Women Feature in Public Transport?” untuk memastikan keperluan para penumpang wanitanya dipenuhi. TransAdelaide turut mengetengahkan isu “vulnerability” di kalangan wanita.

Kalaulah Siti Kasim rajin sikit nak pergi berjalan ke negara-negara lain (yang bukan negara majoriti Muslim pun), yang telah lama memperkenalkan sistem pengasingan jantina dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan sama ada awam mahupun swasta. Brazil, Jepun, Mexico, Thailand, India, dan United Kingdom, dan juga Mehadrin Bus Line yang beroperasi di Israel turut mengamalkan pengasingan jantina di dalam perkhidmatannya. Yang pasti tiada orang kecoh-kecoh macam Siti Kasim.

Norhidayah Ismail

Peringatan: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tiada kena mengena dengan ismaweb.net atau Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat