Sokong Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA) cawangan Shah Alam menggesa kepada semua pemimpin dan ahli politik samada kerajaan atau pembangkang serta rakyat agar menghayati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menzahirkan rasa bimbang Baginda berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat di negara ini .

Baginda menunjukkan rasa dukacita kepada ahli-ahli politik yang seakan tidak ambil endah dengan kesusahan rakyat akibat pandemik wabak Covid-19 yang melanda .

Titah Baginda adalah sangat baik dan tepat sekali, di mana Baginda telah menzahirkan keperluan mengutamakan kebajikan rakyat dari mencari kepentingan peribadi ahli-ahli politik dalam merebut kuasa di negara kita .

Oleh yang demikian ISMA Shah Alam mendokong peringatan yang diberikan kepada pemimpin dan parti politik agar jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat jelata dan negara sedang berhadapan dengan pelbagai masalah.

Sedangkan masalah rakyat semakin bertambah, sektor ekonomi juga banyak yang terjejas akibat pandemik wabak Covid-19, penularan wabak Covid-19 pula kian meningkat akibat gelombang ketiga dan terbaharu masalah air di negeri Selangor yang dipandang enteng oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, ISMA Shah Alam bersedia turut memainkan peranannya sebagai sebuah NGO untuk memberikan tekanan kepada pemerintah baik di pihak kerajaan dan pembangkang supaya mereka sedar kepentingan mengutamakan hal ehwal dan nasib hidup rakyat seperti yang dititahkan oleh Baginda Sultan .

 

 

 

 

 

 

 

 

Mohammad Amiruddin Bin Zainuddin
Ketua Biro Komunikasi Korporat dan Multimedia
ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat