Negara sedang tekun menangani wabak Covid19. Pekerja baris hadapan sedang bertungkus lumus menyaring dan menyediakan keperluan asas rakyat. Para pemimpin bertungkus lumus saban hari membuat keputusan terbaik dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada.
Mereka yang tinggal di rumah menyahut seruan #StayAtHome Perdana Menteri, tidak kurang juga berkorban berjauhan dengan keluarga dan berhadapan ancaman keputusan bekalan asas dek tidak dapat keluar bekerja dan berbagai lagi.
Namun di tengah-tengah kesesakan ini, lumrah akan ada pihak yang menangguk di air yg keruh. Beberapa hari lepas, The Malaymail, sebuah akhbar tabloid yang seringkali tidak segan silu mempromosi budaya bukan norma masyarakat telah menyiarkan iklan pelacuran yang tersembunyi di sebalik ‘gula-gula’ sumbangan kepada frontliner.
Sebelum ini terpalit isu telah memfitnah Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad AlBakri dengan tuduhan rasis, kini timbul pula isu tidak sensitif dengan pengharaman industri pelacuran di negara kita.
Dalam berita bertajuk “ Sugar baby, menyumbang sebulan elaun kepada Hosp Sg Buloh” , Natalie. Seorang Sugar Baby (terma yang diberikan kepada para wanita pengguna aplikasi tersebut), telah dikatakan menyumbang kesuluruhan elaun sebulannya sebanyak RM8000 untuk membeli keperluan asas buat ‘frontliner’ di hospital Sungai Buloh.
Timbul persoalan mengapa perlu diketengahkan sumber pendapatan beliau di dalam tajuk berita? Sejak bila pula pekerjaan seseorang mendahului definisi diri yang lain? Pekerjaan berkait pelacuran pula tuh. Sudah hilangkah perasaan malu di kalangan masyarakat kita?.
Tidak syak lagi, keratan berita tersebut adalah untuk mempromosi aplikasi berbaur pelacuran Sugarbook. Malah CEOnya, Darren Chan dalam hantaran facebooknya, mengucapkan ‘tahniah, kepada masyarakat yang tampak menerima baik’ aplikasi jijiknya pada musim PKP.
Natalie, yang sering menjadi jurucakap kepada aplikasi ini pernah di dalam berita bertarikh 5 Januari, menyebut aplikasi ini telah membantunya menyelamatkan maruah diri setelah terjatuh ke lembah yang hina akibat di tinggal kekasih.
Beliau seterusnya membandingkan perkahwinan bawah umur di negara ini sebagai lebih bersifat perhambaan sexual berbanding dirinya yang dikatakan ‘lebih celik dalam memilih’. Tahukah beliau perkahwinan bawah umur di Negara kita adalah tidak dibenarkan kecuali melalui syarat tertentu di bawah pengawasan mahkamah syariah untuk yang Muslim dan di bawah kuasa Katua Menteri untuk yang bukan Muslim? http://jafbase.fr/docAsie/Malaisie/Mariage&Divorce.PDF
Sedangkan pelacuran dalam segala bentuk dan rantaian adalah boleh didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan sama ada kita sebagai pemberi khidmat atau pelanggan perkhidmatan, atau tempat naungan perkhidmatan (rumah pelacuran). Celik didalam memilih nampaknya tidak menghalang seseorang untuk menjadi buta hati.
Darren Chan, CEO kepada aplikasi Sugarbook, pula berkata bahwa objektif Sugarbook adalah untuk mengangkat martabat wanita di dalam dunia ‘dating’ yang bersifat patriaki. Beliau mengandaikan Sugarbook sebagai landasan media sosial tempat wanita bebas memilih pasangan.
Para ‘sugarbaby’ boleh meletakkan syarat yang tersendiri tanpa ikatan adat atau norma keluarga/agama. Cukup sekadar dengan memperjudikan aset yang ada pada diri. Pulangan kepada servis pula berkisar habuan kemewahan (financials).
Bukankah ini pelacuran terang dan nyata? Walau bersembunyi di sebalik penyamarataan hak wanita, namun umumnya hubungan antara dua pihak, sudah pasti pihak yang menjadi penerima terikat dengan syarat-syarat nyata dan tersembunyi yang ditentukan pemberi.
Sebagai contoh, Sugarbook mensasarkan wanita sekitar umur antara 20-30 tahun, dan sering membandingkan popularitinya dengan menggunakan data pelanggan di kalangan pelajar universiti. Data dari keratan ini menunjukkan bahawa pengguna di kalangan pelajar menaik berkadaran dengan yuran universiti yang menaik.
Ini jelas menunjukkan para pelajar mengharapkan pendapatan daripada perhubungan melalui aplikasi ini untuk membantu memlunaskan yuran universiti! Dan dengan bayangan RM8000 yang Cik Natalie dapat untuk sebulan, pastilah para pelajar tergoda juga! https://www.theonlinecitizen.com/2020/03/04/number-of-sugar-baby-signups-from-singaporean-universities-on-the-rise-due-to-increasing-university-fees/
Para pelajar merupakan aset kita; bukan sekadar pemimpin, mereka juga merupakan pengisi tamadun kita pada masa akan datang. Adakah kita mahu membiarkan lintah darat seperti CEO Sugarbook untuk mengheret mereka ke lembah pelacuran dengan janji manis kekayaan?
Masa belajar yang sinonim dengan pengorbanan dan kepayahan kini diisi pula dengan melempias nafsu bersama para Sugardaddy dan Sugarmummy! Malah jika bayaran lumayan dikait dengan kecantikan diri, maka sudah pasti masa dan wang juga akan dibazirkan untuk mencantikkan diri.
Walau sering menganggap dirinya sebagai perintis aplikasi mencari pasangan untuk masa hadapan, Sugarbook tetap tiada tempat dalam masyarakat Malaysia yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan kepatuhan kepada adat dan orang tua.
Sudah tentu wujud segelintir yang mencari kebebasan mutlak seperti Cik Natalie, namun, seringkali trauma masa lalu banyak mempengaruhi keputusan mereka. Dan kehadiran aplikasi mudah akses seperti Sugarbook hanya memburukkan keadaan, memangsakan mereka dengan menawarkan pengaruh gaya hidup mewah yang bersifat tidak konsisten, sementara(fleeting), dan melalaikan. Lalu mereka dibawa dari satu situasi yang buruk turun kelembah kehinaan.
Diharapkan masyarakat dapat menjadi lebih peka terhadap ancaman sosial ini. Sugarbook mengancam dasar sistem sosial kita. Proses normalisasi sedang dilakukan dengan keratan akhbar picisan ini. Kerajaan dan para penguatkuasa perlu lebih tegas dalam menggembleng tenaga membasmi anasir merosakkan masyarakat seperti ini. Perundangan dan penguatkuasaan perlu lebih ketat. Hukuman ke atas kesalahan pelacuran perlu lebih pantas mengambil kira dunia maya dan kecerdasan buatan.
Islam melindungi hak wanita dengan meletakkan hukum aurat dan ikhtilat, serta seruan menjauhi diri dari zina. Di kaca mata bukan Islam pula, umum mengetahui hak seorang wanita tergadai apabila diletak di kancah pelacuran. Kasihanlah pada Cik Natalie. Kita semua perlu bangun membela wanita sepertinya.
Dr Siti Nurhayati Adznan.
Ketua Wanita, ISMA Alor Gajah, Melaka