Surat Cinta Dari Syurga

Orang tak pernah cakap pada saya, tapi saya pernah dengar ungkapan ini dikatakan kepada seseorang, “patutlah kau tak kahwin lagi, couple pun tak pernah.”

Sebenarnya itu persepsi atau imaginasi? Siapa yang ajar wajib hukumnya ke atas seseorang yang ingin berkahwin perlu ber’couple’?

Coretan ini bukan berniat untuk ditujukan kepada sesiapa. Cuma saya ada ramai kawan yang ber’couple’ dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain.

Adakah ‘couple non-halal’ sekarang adalah jodoh yang sebenar? Mestilah ramai yang mengaku tidak, sebab mereka sendiri tidak yakin dengan hubungan mereka. Ibarat, boleh pergi ke tak boleh pergi ni yek? Akhirnya mereka hanya berserah kepada takdir.

Lalu apa bezanya mereka yang ber’couple’ dengan tidak ber’couple’? Dua-dua belum yakin di mana dan siapa jodohnya. Bahkan, yang telah berkahwin juga ramai yang sangsi adakah isterinya atau suaminya itu benar-benar jodoh untuknya di syurga.

Tahu tak sebenarnya, ada jodoh kita yang telah menunggu di syurga?
Jodoh yang kita tak nampak tapi selalu memerhatikan kita.

Ustaz Wadi Anuar ada berkongsi tentang hal ini dalam ceramahnya. Beliau berkata bidadari di syurga akan menangis jika si isteri di dunia ini tidak menjadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya.

Kenapa si bidadari itu menangis? Kerana bidadari itu merupakan jodoh yang telah disimpan oleh Allah di syurga buat sang suami yang soleh.

Kerana itu, kita diharuskan berdoa agar dipertemukan di syurga bersama ahli keluarga kita terutama sekali kepada pasangan suami dan isteri agar di syurga kelak yang melayani suami adalah bidadari yang sama seperti di dunia iaitu isteri yang solehah.

Jentik hati dan minda kita, jika diawal perkenalan sudah diselimuti dengan syahwat untuk ber’couple’, bagaimana kita dapat menjadi bidadari di syurga?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat