Syahid: Ideologi ke Syurga yang Kalis Kematian.

Apabila saya mengingat kembali, Asy-Syahid pertama di dalam ingatan saya yang dibunuh oleh Zinniss secara spesifik adalah seorang jurutera pereka bom bagi H..ms, “Al-Muhandis” Yahya Ayyash. Syahid ketika 1996 dengan serangan bom telefon.

Berdasarkan cerita daripada rakan Plstn”, pihak Zonis ketika itu menyangka dapat melumpuhkan teknokogi mjhdn dan semakin sedikit yang menyokong mereka, dan melemahkan semangat mereka. Ternyata yang berlaku sebaliknya.

Kemudian, pada tahun 2004, menggunakan misil yang dilancarkan daripada Helikopter Apache, mereka membunuh pengasas dan murabbi agung kepada perjuangan Plstn”, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang ketika itu sedang pulang dari solat subuh menaiki kerusi roda.

Ternyata. Perjuangan semakin kuat, dan pendokong semakin ramai. Lirik nasyid نم في سلام sering terngiang-ngiang “tatkala dikau pergi, dikau meninggalkan dibelakang-mu ummah”.

Musuh menyangka makin sedikit, ternyata semakin ramai.

Sebulan selepas itu, pada tahun yang sama juga, pengganti beliau Asy-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi syahid.

Di dalam Taufan, bermula dengan ketua di Tebing Barat- Asy Syahid Solah Arouri.

Kemudian- konspirasi pembunuhan paling berprofil tinggi, ketika pelantian presiden Iran, berlaku di ibu negara Iran sendiri; Pembunuhan Asy-Syahid Ismail Haniyeh. Pemimpin ruh dan perjuangan tertinggi, yang dianugerahkan syahid diluar Gzah. Allahuakbar.

Terkini, pemergian Asy-syahid Yahya Snwr”, di mana satu-satunya pemergian yang direkod rapi, saat akhirnya, barangan yang dibawa, dengan penuh terperinci.

Daripada Yahya kepada Yahya, setiap siri Syuhada, tidaklah melemahkan perjuangan seperti yang diimpikan oleh Zinnis”, tetapi bukti yang jelas perjuangan semakin kuat, semakin kuat. Mereka yang didalam Gzzh” tidak melihat pemimpin mereka di dalam bilik aircond dengan makanan terhidang, tetapi terbukti dibarisan hadapan melindungi mereka, berlapar bersama, penat bersama, lelah bersama.

Mereka di luar Gzzh” pula tersentap hati, mula berfikir, hebatnya sebuah perjuangan, tingginya nilai sebuah syahid.

Mula tersebar ideologi Syahid yang menyegarkan kembali impian setiap muslim, bahawa hidup bukan sekadar mengejar dunia, tetapi yang penting adalah mencipta kematian yang terbaik.

Dan kematian terbaik akan sepenuhnya berdasarkan rahmat Allah dan usaha serta cara hidup yang kita pilih untuk diri kita.

Sekiranya hidup seperti syuhada’ maka layaklah dikurniakan syahid, tetapi sekiranya sebaliknya maka begitulah sebaliknya, persia mafhum hadis riwayat Ibnu Masud sepertimana di dalam Musnad Imam Ahmad “ramainya syuhada’ ummatku adalah ashhab (pemilik/dan mati) katil”.

Ideologi ini akan tersebar dengan lebih dasyat dengan pemergian beliau, yang hidup akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga kehidupannya tampak sebuah perjuangan, dan mereka berterusan berjuang tanpa takutkan kematian kerana kematian yang tertinggi menjadi impian mereka.

Ideologi yang viral dan menakutkan musuh perjuanagn Plstnn”,. Maka perjuangan semakin kuat, semakin kuat dan semakin kuat sedangkan musuh dalam keadaan ekstrim sebaliknya, amat cintakan dinia dan amat takutkan kematian.

Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian
Ketua Sekretariat Ulum Syara’ PEMIKIR

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat