Tiga Persiapan Utama Graduan Berjaya dalam Temuduga Kerja

Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa pada suku pertama tahun 2019, terdapat seramai 516,600 orang penganggur di negara kita. Rekod daripda JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK ) pula menunjukkan seramai 238,286 penganggur, termasuk 174,327 siswazah, telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif.

Kenapakah keadaan ini berlaku?

Yang pastinya, ramai antara mereka yang menganggur ini sebenarnya mendapat panggilan temuduga kerja, hanya tinggal tawaran kerjanya sahaja yang sukar diperoleh.

Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu temuduga kerja?

Selain daripada penampilan dan pengetahuan terhadap syarikat yang dipohon, terdapat tiga perkara utama yang akan dilihat oleh majikan sewaktu proses temuduga kerja. Ini jugalah aspek paling penting yang perlu dibuat persiapan rapi sebelum ke temuduga kerja iaitu:

  1. Penilaian sikap

Majikan akan melihat kepada sikap, bahasa badan serta komunikasi yang ditunjukkan sewaktu proses temuduga kerja. Dalam penilaian sikap dan bahasa badan ini, kebanyakan majikan akan melihat bagaimana sikap yang akan ditunjukkan oleh calon sewaktu soalan diajukan. Paling utama, bagaimanakah hubungan mata (eye contact) antara calon dan penemuduga sewaktu sesi temuduga berlangsung. Jawapan balas serta respon yang diberikan oleh calon serta nada suara yang ditunjukkan juga antara poin utama yang diberi perhatian oleh pihak majikan dan penemuduga.

DOPE “Personality Test”
  1. Ujian personaliti

Ada juga pihak majikan yang menjalankan ujian tertentu bagi melihat kesesuaian calon dengan bidang kerja yang mereka tawarkan. Ujian-ujian ini termasuklah ujian psikologi, ujian “DOPE, Brain Color” dan sebagainya. Keputusan daripada ujian ini juga menjadi penentu akan kejayaan seseorang calon untuk berjaya dalam temuduga yang mereka hadiri.

  1. Ujian kemahiran

Ujian kemahiran ini adalah sangat penting dalam menentukan bagaimana seseorang calon itu mampu untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang tugas yang mereka miliki. Dalam sesi ujian ini soalan-soalan yang diutarakan biasanya berkaitan dengan bidang tugas, iaitu masalah yang biasa timbul serta cara untuk menyelesaikannya. Ada juga majikan yang melakukan ujian kemahiran ini secara role play iaitu memberi suatu jawatan kepada calon dan melihat bagaimana mereka menguruskan situasi yang berlaku dalam syarikat.

Antara ketiga-tiga perkara utama yang berlaku dalam sesi temuduga ini, yang ketiga, iaitu ujian kemahiran merupakan perkara yang menentukan siapa yang akan diterima bekerja oleh majikan selepas calon lulus aspek sikap dan personaliti.

Ujian kemahiran ini kebiasaannya melibatkan kemahiran teknikal serta pengetahuan sesebuah industri yang dikendalikan oleh pasukan bahagian teknikal atau ketua jabatan yang berkenaan. Malah, bagi sesebuah industri kejuruteraan, ujian kemahiran teknikal ini biasanya dijalankan oleh jurutera kanan dalam syarikat tersebut.

Calon yang menghadapi temuduga seharusnya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan teknikal secukupnya sekiranya mereka ingin mendapat peluang yang cerah dalam tawaran kerja. Pada masa kini, peluang yang sengit dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan memaksa calon untuk memiliki pengetahuan teknikal bagi menjamin masa depan kerjaya mereka.

Contoh kursus percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan

Banyak kaedah dan cara yang boleh dilakukan oleh seseorang calon untuk meningkatkan kemahiran teknikal mereka sebagai persiapan untuk menghadapi sesuatu temuduga. Salah satunya, adalah dengan mengikuti kursus dan kelas secara atas talian (online) yang semakin banyak ditawarkan kini samada secara percuma atau berbayar.

Selain itu, boleh daftar kursus kemahiran di pusat latihan seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran MARA (IKM), ADTEC, IKBN, CIDB, ABM dan sebagainya yang dapat membantu ada bila temuduga nanti.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat