Tindakan hina pemuda etnik Rohingya bertentangan dengan nilai Islam

BANGI, 29 April – Tindakan seorang pelayar internet yang mempersoalkan keislaman seorang lelaki yang dipercayai etnik Rohingya itu jelas bertentangan dengan nilai Islam dan norma kesopanan masyarakat Melayu di Malaysia.

Menurut JKP Tarbiah Isma, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad lelaki itu tidak sepatutnya menggangu dan mencerca pemuda Rohingya tersebut atas sentimen kebencian yang sedang tersebar di media sosial kini, sebaliknya perlu cuba memahami isu pelarian Rohingya ini secara lebih holistik dan mendalam.

Ujarnya jika pemuda Rohingya tersebut melakukan kesalahan, sepatutnya dia melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis untuk tindakan yang sepatutnya.

“Mengambil tindakan sendiri bukan sahaja tidak profesional, malah boleh juga mengancam keamanan awam, bahkan mungkin juga membahayakan diri beliau sendiri,” katanya.

Lelaki etnik Rohingya itu pula dipercayai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar untuk mengambil upah memotong rumput.

”Tindakan pemuda Rohingya tersebut terpaksa melanggar PKP dan keluar mencari rezeki mungkin disebabkan kesesakan hidup dan ketiadaan makanan untuk menjalani kehidupan hariannya.

”Oleh itu pada pandangan saya, adalah lebih penting dan ‘urgent’ untuk dia membantu menyelesaikan masalah pemuda Rohingya tersebut dari mempersoalkan status undang-undang keberadaannya di negara ini. Urusan tersebut biarkan diuruskan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu tular satu rakaman dari facebook bernama Muhd Zakki, seorang lelaki yang meminta seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya mengucap syahadah dan membaca al-Fatihah dan mempersoalkan tentang keislamannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat