Perginya seorang pakar ekonomi dan cendiakawan ulung negara yang amat sukar dicari ganti
Profesor Diraja Ungku Aziz amat dikenali sebagai pencetus idea penubuhan Lembaga Tabung Haji yang memboleh umat Islam di Malaysia menabung bagi menunaikan ibadah rukun Islam kelima secara sangat bersistematik (idea ini diiktiraf dunia dan cuba ditiru banyak negara Islam lain)
Beliau juga merupakan pemikir luar biasa yang mencetuskan pelbagai teori dan idea bagi pembangunan ekonomi negara (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan jurang kemiskinan luar bandar (Theory of Neglect), pembangunan rakyat miskin melalui koperasi (ANGKASA) serta pendidikan bangsa Melayu (Pusat Asasi Sains UM).
Beliau berjuang untuk negara sehingga ke akhir hayat dengan menjadi penasihat kepada pelbagai badan serta institusi pembangunan ekonomi dan pendidikan negara
Semoga Allah SWT mengganjari setiap usaha dan sumbangannya , memotivasikan setiap kita bagi menjejakinya serta mengurniakannya syurga!
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
JKP Isma