Tragedi pencemaran Pasir Gudang: Jangan kawal sahaja, buat pencegahan

Setelah mendengar jawapan dari Menteri Alam Sekitar di parlimen, saya dapati beliau mengemukakan 6 langkah untuk mengawal udara di Pasir Gudang.

Walaubagaimanapun, kesemua 6 langkah tersebut adalah lebih kepada ke arah pengawalan sahaja, dan bukannya pencegahan.

Saya tidak dengar pun tentang apa-apa arahan untuk memberhentikan pengoperasian kilang-kilang yang terlibat secara sementara kecuali kilang haram (yang akan diarah tutup) untuk masa sekarang.

Memandangkan keadaan di Pasir Gudang sekarang masih berada dalam keadaan tidak stabil, kenapa Menteri tidak arahkan kilang-kilang yang terlibat untuk berhenti operasinya secara sementara, mungkin sebulan dua? Bagi keadaan menjadi stabil dan terkawal dahulu, barulah boleh dibenarkan kilang-kilang tersebut untuk beroperasi.

Sekarang, penduduk-penduduk di kawasan berkenaan masih trauma dan rasa tidak selamat. Kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas dan dengan segera. Jangan hanya sekadar membuat ‘meeting’ demi ‘meeting’. Kerajaan harus mengemukakan penyelesaian yang bersifat jangka panjang walhal apa yang terjadi pada jangka pendek ini rakyat yang menanggungnya.

Harap Menteri lebih prihatin dan merasai keperluan dan denyut nadi rakyat. Jangan sebabkan takut syarikat-syarikat menanggung kerugian sehingga menggadaikan nyawa rakyat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat