Setelah enam bulan berlalu pemerintahan Pakatan Harapan yang mengecewakan, kita dapat lihat kerajaan yang didominasi DAP dan bukan Islam ini sedang menjurus kearah menjadi sebuah negara yang sangat rasis.
Perubahan dasar secara drastik yang sedang dilakukan memihak kepada kepentingan kaum-kaum tertentu. Semangat anti-Melayu dan anti-Islam membuak-buak seperti melepaskan geram yang lama tersimpan.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila Perdana Menteri kelihatan telah hampir hilang kawalan sepenuhnya ke atas pemerintahan dan ahli-ahli kabinetnya.
Menteri yang paling berkuasa pada masa ini ialah menteri kewangan, iaitu Lim Guan Eng. Menteri-menteri Melayu yang lain dalam keadaan kebingungan, tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Saya fikir keadaan ini sangat berbahaya kepada negara dalam semua sudut sama ada politik, ekonomi, perpaduan, keselamatan dan sebagainya.
Oleh kerana itu saya, menyeru Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia supaya memikirkan secara serius perkara ini.
Saya mencadangkan agar beliau membubarkan kerajaan yang ada dan membentuk kerjasama politik baru yang lebih kuat dan stabil bagi mengelakkan negara terjerumus kepada kemerosotan dan huru-hara.
Atau pun pilihan kedua, beliau boleh menghadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon pembubaran parlimen dan mengadakan piliharaya yang lebih awal.
Beliau perlu melakukan perkara ini segera sementara sihat dan masih memegang kuasa. Beliau harus fikir bagaimana senario politik dan masa depan negara jika beliau meninggalkan pemerintahan dalam situasi yang tidak terkawal seperti yang sedang dialami pada hari ini.
Ustaz Abdullah Zaik
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
22 January 2019