2. Seluruh dunia mengetahui betapa bahayanya ideologi ekstrimis LTTE, walaupun ahli-ahlinya yang berada di Malaysia belum lagi terbukti menyalahi undang-undang negara secara fizikal
3. Takkan kita hendak menunggu sehingga mereka melakukan jenayah dan mengangkat senjata di Malaysia baru kita hendak mengharamkan gerakan yang amat berbahaya ini? Ketika itu nasi sudah menjadi bubur!
4. LTTE merupakan singkatan bagi Liberation Tigers of Tamil Eelam dan ditubuhkan pada tahun 1976 bagi membebaskan bahagian utara dan timur Sri Lanka melalui pendekatan keganasan dan ketenteraan
5. Gerakan ini telah menyebabkan kematian lebih 80,000 orang sejak 1983 selama 26 tahun perang saudara selain kerosakan harta benda dan infrastruktur negara yang amat kronik
6. Ia diiktiraf sebagai gerakan pengganas yang amat berbahaya oleh 32 buah negara di dunia termasuk Kesatuan Eropah, Kanada, Amerika Syarikat dan India. FBI turut menggelar LTTE sebagai ‘antara gerakan pengganas paling berbahaya dan kejam di dunia’
7. Selain itu LTTE konsisten mencabul hak asasi manusia dengan membunuh orang awam, menggunakan kanak-kanak bawah umur sebagai tentera, menyiksa dan membunuh tawanan perang, melakukan pembersihan etnik yang amat kejam, menggunakan kekerasan seksual dan merogol wanita awam serta banyak lagi jenayah antarabangsa
8. Mereka turut melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam di kawasan utara Sri Lanka pada tahun 1990. Lebih 72,000 orang diusir dari kampung halaman dan sebahagiannya dibunuh
9. LTTE amat membenci Islam dan sering melakukan pembunuhan besar-besaran dan pengeboman di masjid bagi menghapuskan umat Islam di Sri Lanka
10. Saya rasa hanya ada 2 sebab Tun Dr Mahathir terlepas pandang semua fakta-fakta di atas. Samada ada udang di sebalik batu atau beliau telah nyanyuk!
Ir. Ts. Lukman Al Hakim