wabak wu wabak wa

 

kamera pengesan haba dipacak
mana yang lalu diamati satu persatu
semua pintu masuk dikawal ketat
rupanya
manusia memang takut mati
mereka pasti tidak mahu bertemu
warga wuhan
apatah lagi berjabat tangan
takut terjangkit virus maut
manusia takut mati

wu
bukti besarnya Tuhan
nanonya kamu
kalut dunia bila kau muncul
di celah warga berselera pelik
hawa pada ular dan kelawar
sampai korona berpindah dan bermutasi
tanpa tanda ramai mati
tak muat katil
sampai china bina hospital kedua

wa
maka benarlah kini kita di akhir zaman
kerana jelas penyakit wahan
cintakan dunia
takutkan mati
berjuang untuk hidup selamanya
terlupa setiap saat izrail menanti

dalam kewuhanan dan kewahanan
tauke farmasi masa ambil kesempatan
sanitizer sama topeng muka pasti laku
cross sale sekali sama vitamin c
simpan stok sampai wabak reda
hingga wabak seterusnya pula melanda
untuk kesekian kalinya
membadai manusia yang masih berwahan
lupa tuhan

Mimi Musa
*BSB* Biro Seni Budaya
26 Januari 2020
Setelah pesakit keempat dikesan di Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat