Wakil rakyat atau wakil ‘isi perut’ sendiri?

Sungguh dangkal kenyataan seorang wakil rakyat dalam mengeluarkan pandangan berhubung isu pencerobohan tanah di Raub semalam. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan semakan kehakiman 204 pekebun durian Musang King yang menduduki tanah secara haram di tanah kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak semakan kehakiman difailkan 204 pekebun durian Raub itu sebagai mengecewakan. ADUN DAP itu turut berkata, ‘perjuangan’ mereka untuk tidak akan terhenti hari ini, bahkan pihaknya akan membuat rayuan.

Seorang wakil rakyat yang telah bersumpah taat setia untuk menjunjung dan memelihara perlembagaan, ironinya mereka jugalah yang membela pesalah undang-undang negara.

Memang sepatutnya tugas mereka memastikan rakyat mereka terbela, tetapi tidaklah sampai membela setiap kesalahan mereka, apatah lagi kesalahan pencerobohan ini adalah satu kesalahan yang sangat besar.

DAP perlu ‘sekolah’ kan setiap ahli mereka untuk perkara asas begini. Tidak perlu bekerja keras dilihat ‘hero’ rakyat untuk situasi begini, kerana ia lebih kelihatan ‘bodoh’ dan menjengkelkan.

M Firdaus Muhammad
JKC ISMA Kemaman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat