Oleh : Hj. Mohd Noor Asyraf Bin Amiruddin
JOHOR BAHRU , 27 Sept – Biro Dakwah dengan kerjasama Pemuda ISMA Johor Bahru hari ini telah mengadakan Ziarah Kasih Ummah bersama Al Fadhil Ustaz Fuad Zaki di sekitar Taman Daya.
Dalam kunjungan tersebut, Ustaz Fuad Zaki sempat menyantuni beberapa buah keluarga bagi memahami kesusahan yang dialami dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Salah seorang penerima dalam siri kunjungan kali ini merupakan seorang OKU yang terlantar dan memerlukan banyak keperluan bagi meneruskan hidup.
Ketua Biro Dakwah Isma Johor Bahru, Saudara Asyraf Amiruddin berkata program Ziarah Kasih Ummah ini merupakan program berkala yang akan membawa tokoh-tokoh muda dalam kalangan asatizah untuk turun menyantuni golongan yang memerlukan. InshaAllah program ziarah ini akan diteruskan dalam usaha Isma untuk memainkan peranannya bagi membantu masyarakat.
Kami berbesar hati mengajak individu-individu yang berminat untuk menyertai sesi ziarah ini pada masa akan datang dan juga mempelawa mana-mana pihak untuk tampil memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk.