Ziarah Kasih Ummah di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi

Syukur selesai penyerahan sumbangan pek bantuan makanan asas kepada beberapa penduduk di Kampung Linting, Pulau Tanjung Surat Kota Tinggi, Johor.

Program ini merupakan kerjasama antara Biro Dakwah ISMA Johor Bahru bersama PEMUDA ISMA Johor Bahru dan Yayasan Maghfirah.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Faiz Lee dari Bandar Penawar, Pengerang pada 31 Oktober 2020 (Sabtu) dengan dibantu oleh Cikgu Din dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat.

Perjalanan menaiki bot (satu-satunya pengangkutan untuk ke pulau Tanjung Surat dari Jeti Tanjung Belungkor) memberikan pengalaman yang cukup menginsafkan kepada kami apabila melihat kehidupan serba kekurangan penduduk-penduduk di sini.

Kebanyakan ahli keluarga baik lelaki mahupun perempuan menyara hidup mereka dengan menjadi nelayan, mencari siput gonggong dan ada juga yang berniaga kecil-kecilan.

Ada keluarga yang langsung terputus sumber pendapatan kerana kematian suami dan mengharapkan sumbangan untuk menyara diri dan anak-anak.

Kami juga berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat untuk mendapat gambaran sebenar keadaan pelajar-pelajar di sini.

Buat rakan-rakan yang ingin menyumbang, boleh memasukkan duit terus ke akaun berikut:

Yayasan Maghfirah
CIMB: 8603221427
Rujukan: Bantuan Asnaf

Kami juga membuka peluang kepada yang ingin menjadi sukarelawan melalui Relawan Muda ISMA untuk sama-sama menyumbang tenaga bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat