8 Sebab Amalan Tidak Diterima Allah

Sudah tentu ramai orang akan kongsikan amalan-amalan yang sepatutnya diutamakan sepanjang Ramadan ini. Di sini saya ingin sempurnakan perbincangan dengan perkongsian perkara-perkara yang menyebabkan amal tidak diterima atau dihapuskan pahalanya.

Perkara paling penting dari ibadah kepada Allah bukan kuantiti ibadah tersebut, tetapi penerimaan Allah terhadap ibadah yang kita lakukan. Kadang-kadang kita terpaksa melakukan amal yang banyak hanya kerana kita tidak tahu amal kecil manakah yang diterima oleh Allah.

Ibadah bukan mengumpulkan amal dan menjumlahkannya seperti kita mengumpulkan harta. Ibadah adalah mencari perhatian Allah agar Allah redha kepada kita. Bila Allah redha, maka Allah akan menerima kita di dunia dan akhirat. Itulah matlamat yang sepatutnya kita kejar.

Antaranya adalah :

1. Jauhilah syirik kerana syirik membatalkan keseluruhan amal yang kita lakukan.

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูƒููˆุง ู„ูŽุญูŽุจูุทูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ููˆุง ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ููˆู†ูŽ

โ€œโ€ฆ dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).โ€
(Al-Anโ€™am: 88)

2. Jangan sesekali meninggalkan solat Asar.

ู…ู† ุชุฑูƒ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุนุตุฑ ูู‚ุฏ ุญุจุท ุนู…ู„ู‡. ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡

โ€œSesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terbatallah amalannya.โ€
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ulama meluaskan maksudnya kepada semua solat fardhu.

3. Jangan bertanya nasib kepada tukang tenung nasib.

ู…ู† ุฃุชู‰ ุนุฑุงูุงู‹ ูุณุฃู„ู‡ ุนู† ุดูŠุก ู„ู… ุชู‚ุจู„ ู„ู‡ ุตู„ุงุฉ ุฃุฑุจุนูŠู† ู„ูŠู„ุฉ. ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

โ€œSesiapa yang menemui tukang tenung lalu bertanya nasib kepadanya, tidak diterima solatnya selama 40 malam.โ€
(Riwayat Muslim)

4. Jangan melakukan kezaliman kepada orang lain.

ุฃุชุฏุฑูˆู† ู…ุง ุงู„ู…ูู„ูุณูุŸ ู‚ุงู„ูˆุง: ุงู„ู…ูู„ูุณู ููŠู†ุง ู…ู† ู„ุง ุฏุฑู‡ู…ูŽ ู„ู‡ ูˆู„ุง ู…ุชุงุนูŽ. ูู‚ุงู„: ุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ู…ูู„ุณูŽ ู…ู† ุฃู…ู‘ูŽุชูŠุŒ ูŠุฃุชูŠ ูŠูˆู…ูŽ ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉู ุจุตู„ุงุฉู ูˆุตูŠุงู…ู ูˆุฒูƒุงุฉูุŒ ูˆูŠุฃุชูŠ ู‚ุฏ ุดุชู… ู‡ุฐุงุŒ ูˆู‚ุฐู ู‡ุฐุงุŒ ูˆุฃูƒู„ ู…ุงู„ูŽ ู‡ุฐุงุŒ ูˆุณููƒ ุฏู…ูŽ ู‡ุฐุงุŒ ูˆุถุฑุจ ู‡ุฐุง. ููŠูุนุทูŽู‰ ู‡ุฐุง ู…ู† ุญุณู†ุงุชูู‡ ูˆู‡ุฐุง ู…ู† ุญุณู†ุงุชูู‡. ูุฅู† ููŽู†ููŠูŽุชู’ ุญุณู†ุงุชูู‡ ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠู‚ุถูŠูŽ ู…ุง ุนู„ูŠู‡ุŒ ุฃุฎุฐ ู…ู† ุฎุทุงูŠุงู‡ู… ูุทูุฑูุญุช ุนู„ูŠู‡ ุซู…ู‘ูŽ ุทูุฑูุญ ููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู](ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…).

Rasulullah saw bertanya: Tahukah kamu siapakah orang muflis? Para sahabat ra menjawab: Orang muflis adalah orang yang tidak ada dirham dan tidak ada harta. Rasulullah saw menjawab: Orang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat datang membawa amalan solat, puasa dan zakat tetapi dia juga mencela si fulan, menuduh zina si fulan, makan harta si fulan, membunuh si fulan dan memukul si fulan. Si fulan (yang teraniaya) itu diberikan kepadanya pahalanya dan si fulan yang lain diberikan juga pahala amalannya itu. Sehingga seluruh pahalanya habis sebelum kezalimannya dibalas, dia akan diberikan pula dosa si fulan (yang dianiayai nya) itu lalu di campakkan ke dalam neraka.โ€
(Riwayat Muslim)

5. Jangan membela anjing di rumah tanpa sebab yang dibenarkan syarak.

ู…ู† ุฃู…ุณูƒ ูƒู„ุจุงู‹ ูุฅู†ู‡ ูŠู†ู‚ุต ูƒู„ ูŠูˆู… ู…ู† ุนู…ู„ู‡ ู‚ูŠุฑุงุทุ› ุฅู„ุง ูƒู„ุจ ุบู†ู… ุฃูˆ ุญุฑุซ ุฃูˆ ุตูŠุฏ. ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡

โ€œSesiapa yang memelihara anjing sesungguhnya akan dihapuskan pahala amalannya setiap hari satu qirat. Kecuali anjing dibela untuk tujuan menternak atau menjaga tanaman atau untuk memburu.โ€
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Jangan sesekali minum arak.

ู…ู† ุดุฑุจ ุงู„ุฎู…ุฑ ู„ู… ูŠู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ุตู„ุงุฉ ุฃุฑุจุนูŠู† ุตุจุงุญุงู‹ุŒ ูุฅู† ุชุงุจ ุชุงุจ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡. ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ ูˆุฃุญู…ุฏ ูˆุงู„ู†ุณุงุฆูŠ

โ€œSesiapa minum arak, Allah tidak menerima solatnya selama 40 subuh. Jika dia bertaubat, Allah menerima taubatnya.โ€
(Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Nasai)

7. Jangan melanggar larangan Allah ketika bersendirian.

ู„ุฃุนู„ู…ู† ุฃู‚ูˆุงู…ุงู‹ ู…ู† ุฃู…ุชูŠ ูŠุฃุชูˆู† ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ ุจุญุณู†ุงุช ุฃู…ุซุงู„ ุฌุจุงู„ ุชู‡ุงู…ุฉ ุจูŠุถุงุก ููŠุฌุนู„ู‡ุง ุงู„ู„ู‡ ู‡ุจุงุก ู…ู†ุซูˆุฑุงู‹…. ุฅู„ู‰ ุฃู† ู‚ุงู„: ูˆู„ูƒู†ู‡ู… ู‚ูˆู… ุฅุฐุง ุฎู„ูˆุง ุจู…ุญุงุฑู… ุงู„ู„ู‡ ุงู†ุชู‡ูƒูˆู‡ุง. ุฑูˆุงู‡ ุงุจู† ู…ุงุฌู‡.

โ€œAku memberitahu berkenaan satu kaum di kalangan umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan sebesar bukit putih Tihamah tetapi Allah menjadikannya debu yang berterbangan. Mereka adalah kaum yang bila bersendirian mereka melanggar larangan Allah.โ€
(Riwayat Ibn Majah)

8. Jangan mengungkit amal sedekah yang dilakukan.

ูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ุง ุชูุจู’ุทูู„ููˆุง ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุงุชููƒูู…ู’ ุจูุงู„ู’ู…ูŽู†ู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฐูŽู‰ ูƒูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูู†ู’ููู‚ู ู…ูŽุงู„ูŽู‡ู ุฑูุฆูŽุงุกูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู

โ€œWahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak)โ€ฆโ€
(Al-Baqarah: 264)

Moga Allah menerima Ramadan kita.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA

Scroll to Top