1. Kenyataan hari ini memaklumkan bahawa menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri tidak lagi sah dan tidak boleh menjalankan tugas secara rasminya.
2. Ini adalah peluang yang terbaik untuk Perdana Menteri baru melantik mereka yang benar-benar layak dan berwibawa sahaja untuk memegang jawatan-jawatan tersebut.
3. Pandangan rakyat serta kepentingan orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam mesti menjadi keutamaan. Inilah masanya untuk kita memperbaiki keadaan. Jangan biarkan kesilapan berlaku buat kali kedua.
4. Pemilihan mereka yang memeganag jawatan ini juga haruslah bersih dan dilihat bersih tanpa ada rekod yang tidak baik atau terpalit dengan pelbagai skandal.
5. Penglibatan alim ulamak, tokoh masyarakat dan NGO dalam kerajaan baru ini nanti perlu diambilkira bagi memastikan komposisi kerajaan merangkumi setiap lapisan rakyat Malaysia. Ini penting untuk proses semak dan imbang yang sihat lagi berkesan.
Wallahu’alam.
Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA (merangkap Pengerusi PEMBELA)
24 Februari 2020