SANDAKAN, 23 April — Misi agihan sumbangan oleh ISMA Sandakan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Pusat Pengajian Al Kisaei terus dipergiatkan bagi menyantuni mangsa kebakaran Kampung Bahagia di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti di PPS Dewan Warga Tua, Sibuga, Karamunting dan Tiong Hua. Sumbangan yang disalurkan merangkumi keperluan asas bagi meringankan beban para penerima yang terkesan.



Misi ini turut disertai oleh YDP ISMA Sandakan, Ustaz Muhammad Nur bin Selamit bersama para sukarelawan yang komited turun padang memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.


Pihak ISMA Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan misi ini. Semoga setiap sumbangan dan usaha murni ini menjadi asbab keberkatan serta ganjaran pahala yang berpanjangan di sisi Allah.


