Isma Seremban agihkan ayam segar kepada penduduk setempat

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 11 April – Sebanyak 100 ekor ayam segar telah diagihkan kepada 200 keluarga yang memerlukan di sini pagi semalam.

Agihan ayam segar dan barang-barang keperluan harian telah dilakukan di Rumah Makan Che Ta hasil kerjasama erat sekali lagi antara Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban dan Masjid Kariah Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights.

Ayam segar ini disumbangkan oleh beberapa orang dermawan yang sangat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat hari ini.

“Isma Seremban sangat berterima kasih dan terharu dengan sokongan masyarakat yang tidak putus-putus membantu dan memberi sokongan dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat dengan pelbagai cara. 

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Md Asna, Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun dan para ajk masjid yang banyak membantu memudahkan agihan ini,” ujar Tuan Hj Norhelmi Jamil, YDP Isma Seremban.

Turut sama menjadi tunggak utama dalam majlis ini adalah Tuan Hj Zaim Shaari, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Ikhlas.

“Moga usaha yang sangat baik ini diberkati Allah SWT dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan bantuan ini diberikan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat