Serahan Bantuan Bakul Kasih Ramadan Di Kg Daching, Lenggeng

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

Seremban, 16 Mei – Serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban kepada mereka yang memerlukan telah berlangsung bermula hari ini.

Sebahagian sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin, Tuan Hj Norhelmi Jamil kepada penduduk di Kg Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan petang tadi.

Sebahagian sumbangan yang lain di Kg Daching telah disampaikan oleh Tn Hj Zaim Bin Shaari, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas.

Turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada para penduduk di Kg Daching petang tadi adalah Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia, Tuan Hj Omar Bin Kassim.

Majlis serahan sumbangan petang tadi telah berjalan lancar hasil kerjasama erat dengan Persatun Marhaein Prihatin di Kg Daching Hilir yang telah beberapa kali menjayakan program-program kemasyarakatan bersama Isma Seremban.

“Terima kasih kepada Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah dan barisan AJK Persatuan Marhaein Prihatin atas kerjasama erat yang membolehkan urusan penyampaian bantuan kepada mereka yang memerlukan dipermudahkan Allah, ujar YDP Isma Seremban.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan buat para penyumbang yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Tabung Bakul Ramadan Isma Seremban tahun ini, moga diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan, ujarnya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat