Implikasi Ratifikasi ICERD di Malaysia

Oleh : Khairunnisa’ Binti Ramli

Ibarat tetamu yang bertandang dengan niat yang tidak baik ke rumah kita, bermula dengan menumpang di bilik tidur kemudian sedikit demi sedikit beralih ke ruang tamu dan akhirnya mereka cuba untuk menguasai rumah kita.

Begitulah juga sekiranya Malaysia bersetuju meratifikasikan ICERD pada tahun lepas.

ICERD merupakan singkatan bagi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination yang diterjemahkan sebagai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

Bagi pandangan umum, ICERD mungkin dilihat sebagai memperjuangkan hak asasi manusia kerana menghalang diskriminasi kaum. Tetapi jika diteliti secara menyeluruh beberapa tuntutan di dalam ICERD itu, kita dapat lihat ianya akan memdatangkan beberapa implikasi kepada negara dan akhirnya mampu mengubah keseluruhan lanskap negara pada kemudian hari.

Antara kesannya ialah akan membuka ruang kepada negara luar untuk mengawal Malaysia.

Setelah meratifikasikan ICERD, negara ahli akan mula dipantau oleh badan-badan antarabangsa dan ini berisiko kepada undang-undang kita terdedah dengan pertikaian di peringkat antarabangsa, dan mungkin terpaksa berdepan dengan pindaan.

Ia juga akan mengganggu-gugat Hak Istimewa Melayu. ICERD menuntut negara ahli untuk mengambil langkah khas memastikan kemajuan individu dan kaum dalam keadaan yang setara (samarata antara semua kaum).

Di sini, kita dapat lihat Perkara 153 dalam perlembagaan kita tentang hak Istimewa Melayu dan Bumiputera boleh digugurkan bagi mencapai hak samarata antara kaum. Maka kemungkinan besar, tiada lagi hak istimewa melayu dalam Malaysia.

Ia juga akan meyebabkan berlakunya pertikaian dalam Islam sebagai Agama Persekutuan.

Tidak mustahil isu ini akan timbul setelah ICERD dipersetujui dalam Malaysia kerana pasti akan wujud propaganda tentang kebebasan beragama oleh semua kaum dan bangsa bagi mencapai kesamarataan. Malah isu ini telah pun wujud sekarang dan dapat dibendung dengan Perlembagaan yang sedia ada.

Malaysia telah mengambil pilihan yang bijak dengan tidak meratifikasi ICERD kerana Perlembagaan Persekutuan yang kita ada telah digubal dengan baik, sesuai dengan keadaan dalam Malaysia. Selain itu, keharmonian antara kaum dan bangsa juga boleh diwujudkan dengan kesatuan rasa hormat dan taat pada Perlembagaan Negara dan Raja.

Oleh kerana itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan tindakan kerajaan untuk tidak tunduk pada desakan NGO liberal untuk meratifikasi ICERD, kerana ianya dapat menjamin masa depan anak cucu kita untuk menikmati hidup bermaruah di negara sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat