BANGI, 24 Julai – Pemimpin Tertinggi DAP, P. Ramasamy seharusnya mengajak kaumnya bertenang dan bertindak mengikut undang-undang.
Menurut Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Hj Omar Kassim, sebagai pemimpin tidak seharusnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengapi-apikan kemarahan kaumnya.
Hal ini tercetus berikutan tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan kuil Hindu yang dikatakan dibina atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi Alor Setar.
Dalam satu kenyataan di laman sosial rasmi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang ini pula, beliau tetap mempersoal tentang tindakan kerajaan tempatan atas tindakan merobohkan kuil tersebut.
Tambah Hj Omar lagi, seruan yang ditulis pula seolah menyuruh kaum India untuk merusuh, sedangkan siasatan sebenar mengapa pohon tersebut ditebang tidak dinyatakan
“Beliau pemimpin yang berhati ganas, rakyat tidak pernah lupa ratusan laporan polis terhadapnya kerana didakwa terlibat dengan LTTE, sebuah pertubuhan yang disahkan pengganas,” katanya lagi.