Tingkatkan Akses Internet dan Bantu Murid Keluarga B40-iGuru

KENYATAAN MEDIA IGURU

Menghadapi cabaran pendidikan akibat pandemik Covid 19 serta laporan UNESCO dan UNICEF serta Bank Dunia yang membabitkan 150 buah negara, maka kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam pembentangan bajet 2021 ini demi kelestarian dan kelangsungan sistem pendidikan iaitu dengan :

1. Tingkatkan akses capaian internet dan jalur lebar terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman bagi memastikan semua murid dapat mengikuti PdPc dengan baik khususnya di Sekolah Kebangsaan.

2. Pemberian alat peranti pintar kepada murid-murid dari keluarga B40 dan juga kepada sekolah-sekolah luar bandar demi memudahkan proses pembelajaran. Pihak KPM boleh bekerjasama dengan pihak swasta dan syarikat telekomunikasi bagi penyediaan alat peranti tersebut.

3. Bantuan khas kepada keluarga miskin yang menghantar anak ke sekolah. Ini bagi mengelakkan keciciran anak-anak dari mengikuti sistem pembelajaran akibat tekanan kos hidup dan beban kemiskinan. Ketidaksamaan akses dan kemampuan memiliki akan meminggirkan murid-murid dari golongan berpendapan rendah.

4. Elaun Khas untuk warga guru untuk tujuan penyedian bahan bantu pengajar dan kos utiliti penggunaan internet bagi meningkatkan kualti pengajaran secara dalm talian menggunakan peranti digital.

5. Geran khas dan cuti sabatikal untuk pensyarah IPG bagi membuat kajian dan penyelidikan dalam membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran era digital yang akan memberika manfaat kepada warga guru dan murid-murid.

6. Membantu pengusaha kantin dan dewan makan asrama dengan pemberian geran khas serta pekerja kantin yang terjejas akibat PKP. Geran ini dapat membantu pengusaha kantin untuk memulakan operasi apabila sekolah dibuka manakala untuk para pekerja dapat diselamatkan dari diberhentikan.

 

Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru

3 November 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat