Bagi meringankan beban mangsa banjir, Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengambil inisiatif membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.
Memasuki hari ketiga Misi Bantuan Banjir ISMA, Relawan MUDA telah bergotong-royong membersihkan lebih dari 40 buah rumah, tanpa mengira bangsa dan agama.
Misi kali ini turut di sertai oleh pelbagai agensi dan individu termasuklah, kakitangan dan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, dan kakitangan dari TATI University College (TATiUC).
Antara kawasan disantuni oleh Relawan Muda adalah; Taman Koperasi Perdana, Binjai, Kg Tanjung Bukit Mentok, Taman Binjai Permai, Taman Pandan Sejahtera, dan Taman Desa Solehah.
Menurut Ketua Misi Banjir Bantuan Banjir ISMA kali ini, Rusman Bin Toni, mensasarkan lebih banyak rumah untuk dibantu, justeru beliau menggesa lebih ramai orang untuk turut sama menyertai misi ini.
“Misi ini adalah sebagai tanda kebersamaan kita dalam menghadapi musibah ini. Kami akan meneruskan kerja kerja pembersihan sepanjang minggu ini dan mensasarkan lebih banyak rumah untuk dibantu. Maka saya menyeru orang ramai di luar sana untuk turut bersama kami agar kita dapat meringankan kesusahan mereka, in syaa Allah”, ujarnya.