Kalau lihat liputan asal dari Utusan Malaysia dan dikongsi oleh MalayMail hari ini,
– https://www.utusan.com.my/…/bapa-pelaku-tertinggi-kes…/
– https://www.malaymail.com/…/more-child-incest…/1940630
PDRM melaporkan bahawa :
i) Dalam tempoh PKP 1.0, ramai mangsa tampil ke hadapan dan berani buat laporan kerana duduk bersama keluarga/ibu bapa lebih prihatin.
ii) Kebanyakan mangsa sedar mereka sebenarnya diliwat/dir*gol sewaktu kanak-kanak hanya selepas meningkat remaja (jurang umur 6-18 tahun)
iii) Ibu mangsa yang tahu hal sebenar takut melaporkan suami mereka ke polis kerana tak mahu kehilangan pasangan.
iv) Bapa kandung merupakan pelaku terbesar, diikuti bapa tiri dan seterusnya abang kandung/tiri.
Saya suka melihat permasalahan berat ini dari ruang lingkup pencegahan : tanggungjawab ibu bapa dan individu.
1) Saya percaya jenayah sumbang mahram tercetus bila faktor penghayatan dan pengamalan adab kekeluargaan menurut agama tidak berlaku di rumah. Dan tiada ketegasan dalam menjaga AURAT sesama ahli keluarga.
Allah SWT perintah semua (termasuk mak ayah) untuk jaga pandangan dan jaga kemaluan. Allah juga suruh supaya anak-anak minta izin dan jangan masuki tempat tidur ibu bapa dalam tiga waktu. Semua ini ada dalam surah an-Nur. Rasulullah ﷺ pesan pada mak ayah supaya arah anak solat dan beri amaran (rotan) bila dah capai sepuluh tahun serta ‘Asingkan tempat tidur anakmu’.
Nak kongsi juga apa orang tua saya pernah pesan: Waktu bayi sehingga 6 tahun, beri ibu atau saudara perempuan sahaja yang mandikan si kecil, kalau boleh. Termasuk nak pakaikan baju etc. Dah besar sikit beritahu tentang organ seksual, “the do’s and dont’s with our and others’ body”, dengan siapa kita boleh bersalam. Kalau nak bermain atau berbual dengan sepupu dalam bilik tertutup tidak dibenarkan, wajib pergi ke ruang lapang. Apatah lagi nak beri tidur sebilik tanpa penghadang.
Logik bukan? Saya yakin majoriti tahu dan amal perkara ni. Tapi itulah, kalau dalam cerita Disney atau Netflix anak deme main bantai je serbu bilik tak ketuk pintu dulu. Merakam atau simpan video/majalah tak senonoh sana-sini.
2) Katakan Tidak pada Pornografi (tak kira soft or not). Selagi mana manusia dapat akses dan dijamu dengan bahan lucah, takkan selesai masalah kawalan nafsu ni. Sekarang agak mustahil kita nak sekat secara menyeluruh (sebab ini faktor luaran) tapi menjadi peranan mutlak ibubapa/pihak berkuasa untuk mengawal kemasukan ideologi asing dalam dan di luar rumah. Cuba jadi ‘tech-savvy’ sikit.
Ceritakan ganjaran buat mereka yang menahan nafsu dan kisah seram tentang eksploitasi wanita, ibu tunggal, penderaan kanak-kanak dan trend ‘hypersexuality and gender disphoria’. Ajak mereka bayangkan keadaan jika orang tersayang berada di tempat si mangsa.
3) Para pengkaji pedagogi mesti lebih tahu cara nak lindungi dan mencegah anak remaja dari menganggu dan diganggu. Cukup bagi saya memetik peribahasa Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dengan mengguna kaedah adab keluarga Islam untuk pembinaan moral anak-anak dan perumpamaan dari Rasulullah ﷺ mengenai kepentingan memilih kawan seperti pedagang minyak wangi bukannya penjual besi.
Paling asas, mak bapak perlu beri perhatian dan tolong tanya khabar anak-anak setiap hari. “Are you okay, dear?”; “invite your friends over, mak masak laksa ni” or “Apak nak tahu ada sesiapa kacau adik tak?” kinda thing. Ingat, gunakan peluang PKP – membina hubungan, membongkar jenayah.
4) Bagi individu yang ingin merasa hidup berdua atau untuk kali kedua, saya percaya mengambil nasihat orang dulu-dulu atau pakar motivasi keluarga yang alim belaka itu cukup baik. Sentiasa minta pandangan kaunselor atau asatizah. Penuhi dada dengan ilmu rumahtangga. Stabilkan ekonomi peribadi dahulu baru fikir nak bina rumah dengan tangga.
Antara faktor sumbang mahram yang PDRM kemukakan ialah majoriti pesalah laku hidup dalam situasi pengangguran, rumah sempit dll. Ya mereka ini seperti hilang hala tuju hidup dan pastinya ketirisan sumber kewangan.
Ingat, ini masih topik pencegahan. Sebab itu wajibkan diri semak latar belakang calon imam atau bidadari kerana Rasulullah ﷺ ada berpesan, carilah yang sekufu. Bukan yang sepadan dari sudut simpanan aset atau keturunan sahaja, paling penting sekufu ilmu dan akhlak dua-dua pasangan. Menarik sekali, hak menentukan ‘sekufu’ ini ada pada wanita dan walinya, jadi tak boleh dipertikaikan. So be extra careful dan super wise, Ladies!
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim (2/163)
Buat pemberi nafkah, kalau kita dah tahu adik beradik-ipar duai tu agak bermasalah, jangan tinggal serumah, cari rumah lain seboleh mungkin. Cuba sediakan tempat tinggal terbaik untuk bakal isteri dan anak-anak walaupun sekadar teres kecil. Pahala besar disitu.
Akhirul kalam; dalam setiap saat dan ketika, mari kita berdoa kepada Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Sekian.
Yang melihat dan mendengar,
Farihah Meor
Aktivis Isma Ipoh