15 Mei 1948 Hari Nakbah
1. Hari Nakbah ataupun dipanggil sebagai “Hari Malapetaka” mengingatkan kita detik hitam pengistiharaan negara Israel pada 14 Mei 1948 dan pengusiran penduduk Palestin secara beramai-ramai dari tanah air mereka.
2. Semuanya berlaku apabila kuasa Islam tidak lagi dominan di mana sistem khalifah Turki Uthmaniah ketika itu mula goyang dan ditekan oleh kuasa-kuasa luar.
3. Perang Dunia Pertama yang berlaku pada 1914-1918 telah merobek wilayah-wilayah Islam dibawah naungan Turki Uthmaniah seolah-olah menjadi ghanimah (harta rampasan) oleh negara-negara barat yang mempunyai agenda Kristianisasi, mengaut keuntungan dan mahu menguasai dunia.
4. Lebih parah lagi apabila wujud perhubungan antara British dengan Yahudi dinamakan sebagai Deklarasi Balfour supaya memberikan tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk dijadikan sebagai ‘national home’.
5. Kemasukan bangsa Yahudi secara beramai-ramai sudah tentu tidak disenangi Palestin. Apakah kita suka ada orang asing tidak dikenali masuk ke dalam rumah kita sewenang-wenangnya lalu menghalau kita keluar tanpa apa-apa sebab?
6. Rakyat Palestin lebih tertekan apabila usaha demi usaha untuk mempertahankan tanah air mereka menemui jalan buntu sehingga mereka disiksa, dibunuh dan dihancurkan kediaman mereka.
7. Perilaku kejam ini akan terus dilakukan Zionis Israel sehinggalah umat Islam tunduk kepada mereka, namun perlu diingat bahawa Allah adalah pelindung bagi umat Islam bukanlah manusia bergelar Zionis ini yang menjadi fana sepertimana dalam al-Quran ada menyebut:-
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah ayat 120)
8. Hari Nakbah mengajar kita bahawa umat Islam perlu memimpin dunia. Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap Palestin, apabila tiada lagi khalifah atau umat Islam yang berkuasa maka agama Islam dirobek, umatnya diperlakukan seperti sehina-hina manusia di muka bumi tanpa ada belas kasihan dan sifat kemanusiaan.
9. Sebagai umat Islam menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan tanah air ini dari pelbagai ancaman yang cuba menggugat agama Islam dan mencabar kedaulatan bangsa.
10. Marilah kita sama-sama mendoakan saudara seislam kita yang dizalimi, membantu dan mengambil tahu pasal mereka.
Yusre Zulhamize
Aktivis ISMA BANGI