10 Amal Sepanjang 10 Hari Zulhijah

Kita telah sampai di bulan Zulhijjah yang sangat istimewa. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Seperti yang telah disebut, bulan ini merupakan peluang umat Islam untuk menggandakan amal ibadah. Antara amalan yang boleh kita usahakan ialah:

1️⃣ Hindari dosa dan maksiat, meskipun cuma dosa kecil. Bayangkan hinanya seorang yang pegi ke Mekah kemudian bermaksiat, demikianlah hari yg dijadikan Allah sebagai istimewa, tiba-tiba anda membuat dosa, ia semestinya bakal mengundang kemurkaan Allah yang berganda.

2️⃣ Berpuasa sunat. Yang terbaiknya adalah kita berpuasa 9 hari, sepanjang 1 hingga 9 Zulhijjah. Namun yang paling minima adalah berpuasa pada Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

3️⃣ Baca Quran sejuzuk sehari. Berusahalah untuk habiskan tilawah Quran satu juzuk setiap hari sepanjang 1 hingga 9 Zulhijjah. Luangkanlah juga masa untuk mentadabbur ayat-ayat Quran yang dibaca.

4️⃣ Qiamullail setiap malam meskipun hanya 2 rakaat. Janganlah malam-malam istimewa 10 hari ini berlalu tanpa sesi munajat kita kepada Allah. Mohonlah keampunan serta hidayahNya disetiap malam diketika majoriti manusia sedang lena.

5️⃣ Pastikan kita berinfaq setiap hari pada kesemua 10 hari ini. Pastinya malaikat akan sentiasa mendoakan kejayaan untuk kita pada setiap harta yang kita infaqkan.

6️⃣ Biasakan lidah dgn Selawat dan Zikir setiap masa DAN kurangkan bercakap kecuali yang benar-benar perlu. Setiap saat detik yang berlalu sepanjang 10 Zulhijjah adalah tersangat berharga, maka jangan sia-siakan tanpa zikir, tahmid, tasbih, takbir, tahlil, istighfar dan selawat.

7️⃣ Tinggalkan perbuatan yang sia-sia yang sifar faedah, meskipun ia mungkin tidak berdosa. Berhentilah meskipun untuk sementara menonton movie, bermain games, serta melayan media sosial. Jadikan sepanjang 10 hari ini, tatapan kita kepada AL Quran adalah lebih banyak berbanding handphone dan laptop.

8️⃣ Bantu dan permudahkan urusan orang lain dengan apa saja bentuk bantuan. Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik kepada saudaranya. Berbuat baiklah walaupun sekadar memberi senyuman kepada sesama manusia tanpa fitnah.

9️⃣ Doa bersungguh-sungguh di setiap masa meminta Allah membantu dan menguatkan kita utk beramal DAN menerima setiap amalan kita. “Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadat kami. Terimalah amalan-amalan kami”.

🔟 Takbir kemenangan pada 10 Zulhijjah. Laungkanlah dengan penuh semangat sebagai lambang kemenangan Islam, ketinggian Islam yang mengatasi segala yang lain. TaqabbalaLlah minkum…

Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim

Imam Masjid Geliga, Kemaman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat