Wanita ISMA sebagai pejuang hak wanita yang sebenar merasa bersyukur atas keputusan yang memihak kepada keputusan fatwa Selangor ini dan merasakan ia sebagai hadiah Hari Wanita buat tahun 2023.
Kegagalan SIS menolak Fatwa Selangor dalam Mahkamah Rayuan, menunjukkan perjuangan mereka mesti ditolak kerana tidak selari dan bertentangan dengan Islam.
Walaupun mereka mendakwa pejuang hak wanita akan tetapi hakikatnya perjuangan mereka berasaskan kepada feminsme dan liberalisme.
SIS telah mengundur ke belakang apabila berlebihan dalam menuntut hak wanita setaraf dengan lelaki tanpa melihat kepada sifat dan kejadian fitrah wanita.
Mereka mendakwa Islam merendahkan wanita apabila diwajibkan menutup aurat, mentaati suami dan membenarkan poligami sedangkan kedudukan wanita ketika jahiliyah adalah lebih buruk.
Dr. Suriani Sudi
Ketua Wanita ISMA
16 Mac 2023