Ada yang tanya apa masalah kes Iki Putra yang menidakkan kuasa negeri menggubal jenayah Shariah. Jawapan saya ialah ia menghasilkan kepincangan perlembagaan/ constitutional absurdity. Apa maksud ini?
Ikiputra memutuskan DUN tiada kuasa gubal jenayah shariah. Persoalannya kalau DUN tiada kuasa siapa boleh gubal undang2 nak halang umat Islam misalnya dari berjudi di genting atau minum arak di kelantan atau berkhalwat di Johor?
Kalau ikut ikiputra, persekutuanlah yang ada kuasa menggubal berkenaan jenayah. Tetapi kita tahu dalam perlembagaan, persekutuan tiada kuasa menggubal undang2 shariah di negeri2 (kecuali WP). Lagipun Persekutuan tidak boleh gubal undang2 jenayah diskriminatori yang terpakai pada muslim sahaja.
Jadi kalau negeri tiada kuasa gubal undang2 jenayah shariah untuk menghalang muslim dari berkhalwat, minum arak dsbg di negeri masing2 dan persekutuan pun tak boleh, jadi siapa boleh?
Kalau ikut Iki Putra tiada siapa pun boleh. Ini pada saya illogical. Inilah yang saya katakan constitutional absurdity/ incongruity.
Undang2 jenayah shariah wujud sebelum merdeka dan terus terpakai sehingga 2021. Semasa british, mereka tak sentuh dan kacau ini. Sebelum merdeka islam adalah law of the land dan ada enakmen negeri yang melaksanakan jenayah shariah. Tiba2 sekarang tiada siapa boleh gubal undang2 jenayah shariah di negeri2 pula. Ini jauh dari niat asal perlembagaan. Bertentangan dengan struktur asas perlembagaan pada saya. Ini yang saya klasifikasi sebagai constitutional absurdity/incongruity.
Hak muslim untuk tertakluk pada jenayah shariah ini terhapus akibat ikiputra. Ia perlu dikembalikan kerana ini sudah mengubah our way of life yang mahu tertakluk kepada shariah. Walaupun shariah kita tidak lengkap seperti ketiadaan hudud dan qisas, tetapi ia lebih baik dari tiada langsung. Walaupun enforcement tidak begitu ketat, tetapi ini satu elemen yang dapat menghasilkan nilai budaya yang selama ini kita amalkan. Islam bukan sekadar perkara personal seperti di barat. Islam di malaysia termasuk perlaksanaan undang2 sejak dari sebelum merdeka lagi. Kita bukan sekular memisahkan negeri dan agama. Struktur ini perlu dipertahankan.
Lukman Sherif