ISMA bersama rakan-rakan NGO hadir dalam Sidang Media Bantahan Ratifikasi ICERD oleh SUHAKAM anjuran Gabungan Nasionalis pagi tadi di Kuala Lumpur.
ICERD adalah formula gagal yang mahu diimport ke dalam negara kita yang sudah pun meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain bebas untuk diamalkan oleh penganut mereka tanpa sebarang penindasan dan diskriminasi.
Kenyataan oleh Pengerusi SUHAKAM itu adalah cadangan tidak masuk akal dan sekiranya ICERD diratifikasi, ianya akan menggugat keharmonian masyarakat yang sudah pun dijamin oleh Perlembagan Persekutuan. Banyak lagi perkara yang berkaitan kedudukan agama Islam, kedudukan raja-raja Melayu dan juga hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak akan tergugat oleh ratifikasi ICERD ini.
Negara sudah pun lama merdeka tapi masih ada kelompok yang begitu bangga dengan piagam dan undang-undang luar yang bertentangan dengan teras dan nilai-nilai tanah air ini.
ICERD sudah pun dibatu nisankan oleh rakyat Malaysia dalam himpunan besar-besaran pada tahun 2018, jadi biarkan ianya terus terkubur.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA