Isu Kuil dan Pemilikan Tanah: Kedaulatan Undang-Undang Harus Dipelihara bagi Menjamin Keamanan Negara

1. Isu binaan rumah ibadat tanpa kebenaran sah di atas tanah pemilikan persendirian atau tanah awam bukanlah isu asing di negara kita, bahkan negara kita telah melalui peristiwa hitam yang masih belum di tegakkan keadilan secara sepenuhnya.

2. Dalam menghadapi isu ini, kedaulatan undang-undang harus dijadikan teras bagi menegakkan keadilan bagi pihak yang mempunyai hak secara sah di sisi undang-undang.

3. Hak dan pemilikan harta yang sah di sisi undang-undang haruslah dihormati dan pihak yang membina rumah ibadat secara tidak sah haruslah akur dan mencari jalan alternatif termasuklah mengumpul dana daripada komuniti agama masing-masing dan membeli tanah secara sah dan mengikut proses undang-undang bagi membina rumah ibadat.

4. Kebebasan beragama di Malaysia tidak bermaksud rakyat Malaysia bebas melanggar undang-undang untuk menjalankan aktiviti keagamaan, atau kerajaan perlu memberi dana bagi aktiviti keagamaan tersebut. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan adalah sah bagi kerajaan Persekutuan atau Negeri untuk melakukan perbelanjaan bagi institusi-institusi Islam.

5. Pihak berkuasa perlu proaktif bagi menyelesaikan isu binaan rumah ibadat tidak sah di seluruh Malaysia bagi mencegah pergeseran yang berpanjangan di masa hadapan. Pihak berkuasa perlu semak binaan-binaan rumah ibadat yang tidak sah di seluruh Malaysia dan proaktif mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dengan segera sebelum ia membarah. Buka saluran khas bagi rakyat untuk melaporkan pembinaan rumah-rumah ibadat yang tidak sah.

6. Pihak berkuasa tidak harus tunduk kepada tekanan-tekanan politik atau ugutan-ugutan luaran dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan menjamin keadilan kepada pihak yang mempunyai hak dan pemilikan yang sah di sisi undang-undang.

9. Kepincangan dalam menegakkan keadilan boleh membawa kepada pergeseran berpanjangan dalam negara yang boleh merencat pembangunan negara.

10. ISMA selaku gerakan dakwah mengajak rakyat dan ahli komuniti untuk memainkan peranan dalam mendesak pihak berkuasa bertindak berdasarkan undang-undang melalui saluran yang sah, termasuk aduan kepada PBT, wakil rakyat, atau proses kehakiman.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
22 Mac 2025

Scroll to Top