KAHERAH, 8 Februari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Mesir perkukuh kerjasama dengan Kedutan Besar Malaysia Kaherah bagi memperkasa pembangunan mahasiswa Malaysia di sana dengan menyambut baik seruan kesatuan oleh YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

“Kehadiran ISMA Mesir hari ini mencerminkan komitmen kami dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta mengeratkan hubungan strategik antara persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir dan pihak kedutaan,” kata Pengerusi ISMA Mesir, ustaz Aqil bin Zamani sejurus selepas program.
Sementara itu Dato’ Shamsul Najmi berucap ketika Kursus Konsolidasi Tadbir Urus Persatuan 2026 anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M) di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK).


Pada masa sama ISMA Mesir turut diwakili oleh barisan kepimpinan iaitu Setiausaha, Ustaz Ahmad Muinuddin dan Bendahari, Ustaz Raja Mohd Zulfadhli.
Majlis penutup kursus juga telah disempurnakan oleh Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat MP3M sesi 2025/2026.
ISMA Mesir juga menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran kursus yang bermanfaat ini dan berharap jalinan strategik antara persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir terus diperkukuh untuk sesi hadapan.
“Dalam menghadapi perkembangan teknologi semasa, pengurusan tadbir persatuan menjadi satu perkara penting untuk dipertingkatkan, ISMA Mesir komited untuk menjadi organisasi yang bukan sahaja aktif dikalangan mahasiswa, bahkan melahirkan ahli yang berdaya saing dan profesional dalam pelbagai perkara.
“Penyertaan dalam kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkembangan ISMA Mesir sebagai sebuah persatuan yang terus relevan di masa akan datang,” katanya lagi.


