SANDAKAN, 27 November – Seramai 30 orang peserta menyertai Program Smart Solat anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) yang berlangsung di Masjid Assyakirin, Taman Tinosan, pada 21 November lalu.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang kepentingan solat serta tanggungjawab menunaikannya sebagai seorang Muslim.
Para peserta berpeluang menimba ilmu melalui perkongsian oleh Wan Nurul Nadiah binti Wan Rosdan yang menyentuh tentang kepentingan mendirikan solat dan peranannya dalam kehidupan seorang Muslim.
Selain sesi perkongsian, peserta turut mengikuti sesi praktikal solat bagi mempelajari dan mempraktikkan tatacara menunaikan solat dengan betul. Pendekatan ini memberi peluang kepada anak-anak untuk memahami ilmu yang disampaikan melalui amali secara langsung.
Diharapkan program ini dapat menyemai kecintaan terhadap solat dalam diri anak-anak, di samping membentuk generasi muda yang memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim serta istiqamah mendirikan solat dalam kehidupan seharian.


