Arak tidak dijual di kedai runcit dapat kurangkan akses kepada anak-anak

BANGI, 20 Nov – Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan mendapat respon positif masyarakat.

Antaranya adalah Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia, Ustazah Zakiah Ab Rahman yang melihat keputusan ini akan mengurangkan akses anak-anak terhadap minuman keras.

“Kalau sebelum ini, anak-anak sekolah akan mudah untuk mendapatkan minuman keras ini sebab dijual di kedai-kedai runcit tanpa pantauan.

“Lagi pula DBKL turut menetapkan had umur pembelian minuman keras ini kepada umur 21 tahun,” katanya yang juga seorang guru.

Tambahnya lagi, perkara ini akan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda muslim untuk bekerja di kedai-kedai serbaneka tanpa ragu-ragu.

Ustazah Zakiah juga berharap agar peratusan keretakan institusi kekeluargaan akan menurun, kerana ketagihan minuman keras adalah antara penyumbang kepada keruntuhan rumahtangga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat