Bakul Kasih Isma Seremban Untuk Petugas Barisan Hadapan

Oleh : Muhammad Naufal bin Muzafar Shah

SEREMBAN, 28 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Seremban telah menyerahkan Bakul Kasih kepada  petugas barisan hadapan di Balai Polis Paroi yang disampaikan oleh Yang dipertua ISMA Seremban, Zakri bin Mohd Zain kepada Ketua Polis Paroi, En. Abd Rahman Wasis.

Sepanjang perlaksanaan perintah kawalan pergerakan PKP 3.0, anggota polis menampung tugas tugas penguatkuasaan berlebihan bagi memastikan masyarakat dalam keadaan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Justeru itu ISMA Seremban tampil menghulurkan sedikit sumbangan untuk para anggota polis khususnya di Paroi ini.

“Pihak ISMA berharap agar sumbangan ini dapat menceriakan anggota polis dalam menjalankan tugas sepanjang PKP 3.0 ini,” ujar YDP Isma Seremban, Encik Zakri bin Mohd Zain. Turut sama ketika sesi serahan itu, En Abd Rahman Wasis yang merupakan ketua Balai Polis Paroi menyambut baik sumbangan itu.

Katanya “Balai Polis Paroi menzahirkan ribuan terima kasih kepada pihak ISMA Seremban diatas sumbangan yang diberikan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan boleh mengeratkan lagi silaturrahim”

Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawangan Seremban terus komited menyampaikan bantuan ini kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat