Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing – Pemuda ISMA Kajang Bantu Penjaja yang Dilanda Ribut

SEMENYIH, 7 April – Berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku di sekitar kawasan Bandar Rinching, Semenyih baru-baru ini, sekumpulan penjaja telah dilanda musibah apabila khemah mereka musnah dalam kejadian.  Kerosakan ini telah  menjejaskan perniagaan mereka dan menyebabkan kerugian.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing –  berbekalkan semangat ini Pemuda ISMA Kajang dengan kerjasama Yayasan Maghfirah telah memberikan sumbangan khemah baru kepada penjaja yang terjejas. Sumbangan ini telah melibatkan 6 orang penjaja di sekitar Bandar Rinching dan ahli Pemuda ISMA Kajang.

Semoga inisiatif ini dapat menyuburkan lagi budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli masyarakat dalam komuniti bandar Kajang.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat