Bina persiapan menghadapi sebaik-baik bulan

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.
Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: _Mukhtar al-Shihah_, 118] Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.

Fatwa Ulama’-Ulama’ Berkaitan Puasa Rejab

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah [Lihat: al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 95/28] mengatakan bahawa jumhur ulama’ daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram. Ini kerana, mereka berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ
Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)]
Sumber: https://muftiwp.gov.my/…/888-tahqiq-masail-siri-ke-3…

Maka, dapat disimpulkan bahawa bulan Rejab ialah antara bulan yg amat mulia di sisi Allah. Ia dimuliakan oleh umat Islam dengan pelbagai amalan sunat seperti berpuasa.

Tambahan lagi, kerana hampirnya kita kepada bulan yang termulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak yg bakal menjelang, marilah kita bersama memuhasabah diri atas apa yg pernah dilakukan pada bulan-bulan terdahulu dan berusaha meraih pengampunan Allah S.W.T. serta memperbanyakkan amal-amal kebajikan.

Semoga kita semua menjadi hamba yg benar-benar ikhlas dan bertaqwa yg berusaha untuk melakukan yg terbaik dalam segala tanggungjawab dan amal kebaikan, serta bersedia untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak dgn persediaan yg rapi dari sudut rohani, aqli dan jasmani. InsyaAllah.

Ustaz Zuhair bin Abdul Rahman
Pemuda Isma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat