Hentikan Tajaan dan Promosi Pembekal Senjata Zionis di Malaysia

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaya melahirkan rasa kekecewaan terhadap penganjuran pameran teknologi pertahanan terkemuka, Defense Services Asia Exhibition & Conference (DSA) dan National Security Asia (NatSec) 2024, yang dianjurkan oleh DSA MALAYSIA dengan sokongan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, di MITEC, Kuala Lumpur.

Pameran yang sedang berlangsung itu secara terang-terangan mempromosi dan memberi ruang kepada pembekal senjata rejim Zionis Israel yang sedang melakukan genosid di tanah air umat Islam Palestin.

Selepas insiden pensyarah pro-Zionis di UM, PEMBINA UM amat kecewa dengan promosi dan ruang yang diberikan kepada syarikat Lockheed Martin dan MBDA yang terbukti membekalkan senjata kepada Zionis Israel serta turut diberi peluang menjadi penaja utama terhadap pameran tersebut.

PEMBINA UM, mengekspresikan kemarahan dan kekecewaan serta mendesak supaya:

(i) DSA Malaysia dan kementerian berkenaan memberi penjelasan khusus terhadap ruang dan peluang yang diberi kepada syarikat pembekal senjata Zionis Israel;

(ii) Menarik semula status penaja utama bagi Lockheed Martin dan MBDA;

(iii) Pemboikotan pameran oleh universiti awam dan institusi kerajaan.

Jika tiada sebarang respon berkaitan tuntutan ini, kami mahasiswa tidak teragak-agak untuk mengadakan berdemonstrasi di hadapan MITEC dan membatalkan kuliah pada hari tersebut. Jarak antara Universiti Malaya dan MITEC hanyalah 15 minit.

Segera laksana tindakan, ubah pendirian atau nantikan !

Ibrahim Allam
Presiden PEMBINA Universiti Malaya (UM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat