ISMA Kajang Sumbang Pek Prihatin Ramadan kepada Golongan Asnaf

KAJANG, 1 Mei – “Anda tidak bersendirian” – siapa yang tidak akan rasa bersendirian tatkala diuji tetapi tiada siapa yang datang membantu. Menyedari akan keperluanĀ  golongan ini di sekitar Kajang, ISMA Kajang menerusi pasukan Relawan Muda dan Biro Dakwah memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada empat buah keluarga yang memerlukan.

Keluarga pertama mempunyai seorang warga emas yang fakir miskin. Beliau tidak dapat bergerakĀ  dan telah terlantar hampir tiga bulan dan sekarang hanya dijaga oleh seorang anak lelaki yang juga fakir miskin. Keluarga kedua pula mempunyai anak yang mengidap autisme yang menjadikan beliau sering menghantukkan kepala serta mencederakan diri. Penjaganya sukar untuk keluar bekerja kerana si anak perlukan perhatian sepenuh masa.

Keluarga ketiga mempunyai seorang ketua keluarga yang sudah sebulan tidak bekerja disebabkan kaki yang patah. Beliau telah mendapatkan rawatan tetapi kecederaan yang dialami semakin teruk ditambah lagi dengan sakit kencing manis. Keluarga keempat pula adalah warga emas yang tinggal bersendirian dan diuji dengan masalah pendapatan yang terkesan akibat wabak COVID -19.

Selain itu, ISMA Kajang turut menyumbang lebih 50 Pek Prihatin Ramadan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Pangsapuri Makmur, Saujana Impian dan Taman Cuepacs, Kajang. Penyerahan sumbangan ini turut diketuai oleh Yang Dipertua ISMA Kajang, Dr. Isa Hassan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat