ISMA Melaka Tengah Saran Kerajaan Melaka Contohi DBKL Perketat Jualan Minuman Keras.

MELAKA TENGAH, 20 Nov – ISMA Melaka Tengah menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi dan ucapan tahniah di atas keberanian dan tindakan lantang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperketat penjualan minuman keras melalui pelaksanaan Garis Panduan (GP) dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras WPKL yang baharu, beberapa hari lepas.

“Di Melaka, kita sudahpun mendengar ura-ura cadangan mengkaji semula undang-undang penjualan arak oleh Ketua Menteri, Datuk Sulaiman sejak Jun yang lalu. Namun kita belum melihat satu langkah dan keputusan yang konkrit dicapai. Sudah tiba masanya Melaka mengambil langkah proaktif selaku antara negeri yang terlebih awal menjuarai isu ini.

“Dengan majoriti ahli dewan beragama Islam di dewan ketika ini, saya kira tiada lagi sebab mengapa mereka tidak boleh memainkan peranan penting dan tegas untuk melihat perkara ini secara serius,” ulas YDP ISMA Melaka Tengah, Dr Khair Razlan Othman ketika dihubungi media.

Tegasnya lagi, bukan sahaja Islam yang menitik beratkan tentang akibat buruk arak dan perkara memabukkan, bahkan ianya turut diselar dalam praktis agama lain seperti Kristian, Budha dan Hindu.

“Ianya bukan isu agama semata. Menjaga keselamatan rakyat adalah keutamaan pihak berwajib. Kita meyakini bahawa dengan menutup ibu pintu segala maksiat, iaitu minuman memabukkan seperti arak pastinya bukan sahaja mampu mengurangkan bahkan menghapuskan segala macam masalah sosial dan kemalangan akibat kecuaian pemandu mabuk.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat