ISMA Rayu Bantuan untuk Mangsa Banjir

KENYATAAN MEDIA
ISMA Rayu Bantuan untuk Mangsa Banjir

Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk  berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.

Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia selaku NGO yang prihatin dengan nasib rakyat telah melancarkan Misi Bantuan Banjir ISMA 2021 dengan mensasarkan kutipan dana sebanyak RM 500 ribu bagi menampung keperluan  seperti kit kebersihan, air mineral, makanan, selimut, dapur gas dan lain-lain lagi.

Misi yang digerakkan oleh  Skuad Relawan Muda, Pemuda Isma ini turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Ikhlas dan Yayasan Maghfirah.

Menurut Mohd Noor Azib Asmangi, Pengarah Misi Bantuan Banjir Isma 2021, misi bantuan ini akan memfokuskan kepada dua fasa, iaitu semasa banjir dan selepas banjir di kawasan seperti temerloh, Raub, Lipis, Kuala Terengganu, Dungun Kemaman, Kota Bahru, Rantau Panjang, Kota Tinggi dan Kluang.

Bantuan semasa banjir akan merangkumi bantuan makanan, air mineral kepada penduduk yang masih berada di rumah tetapi terputus hubungan dan bekalan makanan.

Manakala bantuan selepas banjir pula, mensasarkan projek pembersihan rumah penduduk dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir, melibatkan seramai 500 orang sukarelawan di seluruh negara untuk bersama masyarakat bergotong-royong.

ISMA turut berbesar hati sekiranya ada pihak swasta, perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin sama-sama membantu dengan menghulurkan sumbangan wang ringgit ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas (5628 3463 6228) atau CIMB Yayasan Maghfirah (8603221427).

ISMA juga dengan hati terbuka bersedia untuk bekerjasama dengan masa-mana pihak, termasuklah NGO-NGO dan badan-badan berwajib untuk menjayakan Misi Bantuan Banjir ISMA 2021 ini.


Mohd Noor Azib Asmangi
Pengarah Misi Bantuan Banjir ISMA 2021
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

8 Januari 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat