Istimewanya Bulan Zulhijah

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah yang Maha Pemurah, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan dengan beberapa kelebihan dan keutamaan pada waktu-waktu tertentu. Hari Jumaat, hari Nahar, hari Arafah, malam al-Qadr, dan 10 hari Zulhijah adalah antara contoh beberapa hari istimewa sepanjang tahun yang akan digandakan pahala ibadat kita padanya.

Sebahagian ulama menyatakan bahawa 10 hari pertama Zulhijah ini adalah hari terbaik sepanjang tahun. Ia disebabkan terkumpul padanya serentak beberapa ibadat utama umat Islam iaitu Solat, Puasa, Haji, Korban dan lain-lain. Sebahagian mereka memperincikan bahawa 10 hari terbaik adalah 10 hari pertama Zulhijah manakala 10 malam terbaik adalah 10 malam akhir Ramadhan.

Majoriti ulama tafsir berpendapat maksud โ€˜hariโ€™ yang difirmankan Allah apabila bersumpah pada awal surah Al-Fajr, dan ayat 28 Surah Al-Hajj adalah merujuk kepada 10 hari pertama Zulhijah;

ูˆูŽุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู (1) ูˆูŽู„ูŽูŠูŽุงู„ู ุนูŽุดู’ุฑู (2) ูˆูŽุงู„ุดูŽู‘ูู’ุนู ูˆูŽุงู„ู’ูˆูŽุชู’ุฑู (3)

Demi waktu fajar; Dan demi malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjilย  (Al-Fajr; 1-3)

ู„ููŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏููˆุง ู…ูŽู†ูŽุงููุนูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽุฐู’ูƒูุฑููˆุง ุงุณู’ู…ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูŽุนู’ู„ููˆู…ูŽุงุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุฑูŽุฒูŽู‚ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุจูŽู‡ููŠู…ูŽุฉู ุงู„ุฃูŽู†ู’ุนูŽุงู…ู

Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (10 hari awal Zulhijjah), kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban)ย  (Al-Hajj; 28)

Demikian juga berdasarkan hadis sahih riwayat Bukhari ;

ู…ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู. ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูˆูŽู„ุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏูุŒ ุฅูู„ุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูุฎูŽุงุทูุฑู ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ุจูุดูŽูŠู’ุกู

โ€œTidak ada hari yang amal soleh lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (10 awal Zulhijjah).โ€ Para sahabat bertanya: โ€œApakah lebih baik daripada jihad fi sabilillah ?โ€ Beliau bersabda, โ€œYa. Lebih baik daripada jihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan harta dan jiwa raganya kemudian dia tidak pernah kembali lagi (mati syahid).โ€ (Hadis Al-Bukhari & Ibn Majah)

Berdasarkan hadis di atas, maka kita sangat-sangat digalakkan untuk menggandakan amal ibadat kita pada 10 hari tersebut. Fokus pertama adalah kepada kesempurnaan amal ibadat yang wajib kemudian tambahkan dengan amalan-amalan yang sunat seperti Solat Tahajjud, Dhuha, Witir dan lain-lain. Begitu juga jika mampu, berpuasalah sunat sepanjang 1 hingga 9 Zulhijah. Demikian juga dengan ibadat-ibadat lain seperti sedekah, doa dan zikrullah.

Antara zikir yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. ;

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู

Sebagaimana didalam hadis nabi,

ู…ุง ู…ู† ุฃูŠุงู…ู ุฃุนุธู…ู ุนู†ุฏ ุงู„ู„ู‡ู ูˆู„ุง ุฃุญุจู‘ู ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ุนู…ู„ู ููŠู‡ู† ู…ู† ุฃูŠุงู…ู ุนุดุฑู ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉู ุฃูˆ ู‚ุงู„ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃูŠุงู…ู ูุฃูƒุซุฑูˆุง ููŠู‡ู† ู…ู† ุงู„ุชุณุจูŠุญู ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑู ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏู ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ู

Tiada hari yang lebih hebat disisi Allah lagi disukaiNya untuk beramal padanya kecuali hari-hari 10 terawal Zulhijah. Maka banyakkanlah bertasbih (ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู) , bertakbir (ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู), bertahmid (ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‡ู) dan bertahlil (ู„ูŽุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ู)

Kemuncak kepada hari-hari pesta ibadah ini ialah pada 9 dan 10 Zulhijah. Hari 9 Zulhijah adalah Hari Arafah manakala 10 Zulhijah pula adalah Hari Nahr. Jika kita digalakkan berpuasa pada 1 hingga 8 Zulhijjah, maka puasa Hari Arafah adalah kemuncak puasa sunat

โ€œPuasa sunat Arafah akan dihisab oleh Allah; menghapus dosa-dosa tahun sebelumnya dan tahun selepasnyaโ€

(Hadis riwayat Muslim).

Demikian juga kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan merintih memohon kepada Allah.

ุฎูŠุฑู ุงู„ุฏูู‘ุนุงุกู ูŠูˆู…ู ุนุฑูุฉูŽ ุŒ ูˆ ุฎูŠุฑู ู…ุง ู‚ู„ุชู ุฃู†ุง ูˆ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูŠูˆู† ู…ู† ู‚ุจู„ูŠ : ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ุŒ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒู ุŒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏู ุŒ ูˆ ู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ูู‘ ุดูŠุกู ู‚ุฏูŠุฑูŒ

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang aku katakan dan begitu juga para Nabi sebelumku adalah zikir berikut;

ย ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ุŒ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Adapun Hari Nahar pula merupakan hari terbaik disisi Allah โ€œSesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr (10 Zulhijah), kemudian hari Qar (11 Zulhijah)โ€ (Hadis riwayat Abu Daud).

Ia juga membawa maksud Hari Pengorbanan disebabkan banyaknya ibadat yang khusus pada hari tersebut. Bagi jemaah Haji, mereka melaksanakan ibadat melontar di Jumrah Aqabah, menyembelih korban, bercukur dan juga Tawaf Ifadhah. Manakala bagi muslimin lain, mereka menyambut Aidil Adha, menyembelih korban, bertakbir, bersedekah dan sebagainya.

Kesimpulannya, sememangnya jika diperhatikan, suasana karnival ibadah pada 10 hari pertama Zulhijah kurang dirasai berbanding 10 malam terakhir Ramadan dalam masyarakat kita di Malaysia. Masjid-masjid juga mungkin tidak semeriah 10 malam terakhir Ramadan. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk membawa budaya ibadat ini ke dalam masyarakat, semoga Allah sentiasa menurunkan barakah serta rahmatNya kepada kita umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Oleh,

Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim

JK ISMA Kemaman

Scroll to Top