Kemasukan ‘abu Chin Peng’, perhimpunan bekas ahli PKM suatu kebetulan?

Sebelum ini kita didedahkan dengan tindakan satu kumpulan yang mengisytihar usaha mereka membawa ‘abu Chin Peng’, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke Malaysia pada bulan September yang lalu.

Kini tindakan tersebut disusuli pula oleh perhimpunan hampir 400 orang termasuk bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah dewan di Kajang.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pelek Ronnie Lie memberikan ucapan di dalam majlis tersebut menimbulkan tanda tanya. Ia seakan memberi signal sokongan DAP kepada ideologi pengganas komunis.

Isunya bukan semata-mata kemasukan abu dan perasaan keluarga anggota polis dan tentera sahaja tetapi ia berkaitan dengan gerakan yang cuba mengubah identiti dan konsep negara.

Tindakan mengisyhtihar usaha mereka membawa abu Chin Peng ke Malaysia adalah suatu cubaan untuk mengiktiraf ideologi komunis yang di bawa oleh Chin Peng. Pengisytiharan ini merupakan tindakan mencabar pihak berkuasa.

Usaha yang bertubi-tubi yang bagi menormalisasikan penerimaan ideologi komunis dan merubah naratif sejarah tanah air ini tidak boleh dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja.

Gerakan yang semakin berani ini perlu dicantas sebelum ideologi sesat pengganas komunis ini semakin berkembang biak di dalam masyarakat generasi baru.

Cukuplah apa yang berlaku dinegara China menjadi pengajaran, semoga Allah s.w.t membuka mata umat Islam terhadap ancaman agenda musuh.

Ustaz Mus’ab Norkefli
Naib Yang Dipertua ISMA Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat