KENYATAAN MEDIA : Kabinet Baharu Kerajaan Malaysia Berdepan Cabaran Besar

KENYATAAN MEDIA

Kabinet Baharu Kerajaan Malaysia Berdepan Cabaran Besar

1.ISMA mengucapkan tahniah kepada semua jemaah menteri yang menganggotai Kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semoga dengan pelantikan ini dapat menstabilkan ekonomi, politik dan seterusnya mengawal wabak Covid-19.

2.Walau bagaimanapun, barisan Kabinet baharu ini seperti sudah dijangka kerana Perdana Menteri tidak ada pilihan lain.

3.Sama seperti kenaikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi menteri atas dasar tawar menawar, begitu juga barisan Kabinet yang baharu ini, iaitu muka-muka lama yang disusun semula.

4.Barisan Kabinet baharu juga masih tidak ada Timbalan Perdana Menteri, sama seperti dahulu, jadi Isma membayangkan satu kesukaran yang akan berlaku pada barisan Kabinet yang dibentuk untuk mendapat undi percaya daripada Ahli Dewan Rakyat pada bulan September nanti.

5.Jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat, beliau akan menghadapi cabaran lain pula iaitu, mengemudi barisan jemaah menteri yang merupakan pasukan yang sebelum ini diturunkan kerana prestasi.

6.Sekiranya Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat, maka Isma ingin mencadangkan supaya Istana mengambil alih pentadbiran negara, kemudian menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang mempunyai kemahiran untuk menguruskan negara untuk satu tempoh sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

7. Sebagai rakyat, Isma mengharapkan yang terbaik daripada kabinet ini dan semoga Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu menggerakkan seluruh anggota kabinet tersebut untuk merealisasikan harapan yang beliau isytiharkan di awal pengumuman tadi iaitu untuk menguruskan dan menstabilkan keadaan politik, mengukuhkan semula keadaan ekonomi dan juga untuk menguruskan pandemik Covid-19.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA
27 Ogos 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat