KENYATAAN MEDIA : Pemuda Isma Gesa Hukuman Berat Kepada Penceroboh Tanah Hutan Simpan Raub

KENYATAAN MEDIA

Pemuda Isma Gesa Hukuman Berat Kepada Penceroboh Tanah Hutan Simpan Raub

Pemuda ISMA mengikuti secara rapat perkembangan pekebun haram di Raub dan menyokong penuh usaha pihak kerajaan negeri Pahang dan PDRM dalam menegakkan undang-undang. Isu ini umpama bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru dan didorong oleh peniaga yang tamak serta dilindungi ahli politik tertentu.

Hukuman berat harus dikenakan kepada penceroboh hutan. Jika ditelusuri, ia adalah berskala besar dan terancang. Diberitakan bahawa pencerobohan ialah seluas 250 ekar bersamaan dengan 138 buah padang bola sepak.

Pemuda ISMA juga mengecam sikap meluru YB Ronnie Liew dari Parti DAP yang menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan membela penceroboh ini.

Timbul persoalan adakah DAP sebuah parti yang sememangnya tidak telus dan suka akan kemusnahan alam sekitar? Suka diingatkan bahawa Pemuda ISMA memantau rapat perkembangan di Penang South Reclamation (PSR) seluas 4500 ekar yang dijangka bakal memusnahkan biodiversiti perikanan seterusnya memberi impak terhadap nelayan-nelayan di Pulau Pinang. Seruan Lim Guan Eng bahawa DAP adalah sebuah parti yang mempunyai CAT (competency, accountability, transparency) adalah sebuah hikayat dongeng yang diceritakan kepada rakyat supaya terpesona akan sebuah keindahan yang palsu.

Pemuda ISMA juga ingin menarik perhatian pihak berkuasa agar terus tegas menjalankan amanah yang telah diberikan. Pemuda ISMA bersama rakyat jelata memuji sikap anggota PDRM yang tegas serta professional yang telah ditunjukkan menerusi video viral anggota berkenaan. Syabas diucapkan.

Pemuda ISMA juga ingin menyeru supaya rakyat bersatu dan mengingatkan bangsa Cina bahawa isu ini bukanlah isu perkauman, tetapi isu kedaulatan undang-undang. Buktinya pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab mereka di beberapa lokasi yang lain seperti:

1. Sungai Ichat (isu pekebun india)

2. Lembah Bertam (pekebun cina)

3. Kenchau, Lipis (pelombong emas melayu)

Mereka telah pun diambil tindakan seperti mana pekebun di Raub.

Akhir sekali Pemuda ISMA ingin menegaskan bahawa negara ini mempunyai kedaulatan undang undang, kepada pihak yang ingin memanipulasi undang undang dan tidak berintegriti, anda tidak mempunyai tempat di negara ini.

Luqman Abd Hamid
Ketua Perhubungan Luar Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
8 Julai 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat