Kuarantin Kendiri di Rumah Apa Yang Perlu Dilakukan ?

DG KKM TS Dr Noor Hisham Abdullah telah pun menyatakan di dalam kenyataan akhbar beberapa hari lepas bahawa kes positif COVID19 yang memenuhi kriteria Stage 1 iaitu Tidak Bergejala dan Stage 2 iaitu Bergejala Ringan akan dikuarantinkan di rumah sementara mendapatkan katil di Hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah.

Malah mungkin ada yang akan dikuarantinkan di rumah sehingga 10 ke 14 hari dari tarikh diagnosis.
Ini terpaksa dilakukan kerana jumlah katil yang terhad dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 harian yang mencecah 3000 ke 4000 kes sehari.

Berikut adalah nasihat dan panduan untuk pemantauan kendiri di rumah

1. Pastikan kes positif atau kontak rapat tinggal di dalam bilik yang berasingan, tidak berkongsi tandas dan alatan atau pakaian peribadi dengan individu lain

2. Sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan tahap kebersihan yang baik seperti memakai pelitup muka apabila menerima makanan dari luar. Dan menjaga etika batuk dan bersin yang betul.

3. Memantau gejala dengan mengisi borang Home Assessment Tool (HAT) yang akan diberikan oleh Pegawai Penyiasat Kes dari Pejabat Kesihatan Daerah. HAT juga boleh didapati dalam aplikasi Mysejahtera.

4. Sekiranya bergejala atau gejala semakin teruk, sila terus memaklumkan keluarga atau pejabat kesihatan daerah atau klinik kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

5. Kini KKM telah menubuhkan Covid19 Assessment Centre di klinik-klinik kesihatan untuk membantu memantau gejala di kalangan pesakit dan kontak rapat yang kuarantin di rumah.

6. Sentiasa membuat rutin harian yang baik bagi memastikan kesihatan mental anda terjaga sepanjang tempoh kuarantin di rumah.

7. Sekiranya diberikan ubat oleh pihak Klinik Kesihatan, sila patuh kepada arahan pengambilan ubat sehingga sembuh.

8. Berilah perhatian dan sokongan moral kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang dikuarantinkan. Selalu bertanya khabar dan elakkan stigma.

Unit Kesihatan Awam I-Medik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat